Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Facebook bakal teliti iklan dalam talian menjelang pilihan raya

Sep 26, 2019 | 04:25 PM



PENGIKLANAN atas dasar sosial atau politik di Facebook dan Instagam akan diteliti dengan lebih terperinci menjelang pilihan raya umum akan datang.



Platform dalam talian gergasi itu mengumumkan langkah meningkatkan kadar ketelusan pada platformnya di Singapura pada Khamis (26 September).



Mereka yang ingin memuat naik iklan dalam talian kini perlu mengesahkan identiti dan lokasi mereka, dan mendedahkan maklumat tentang individu yang bertanggungjawab atas iklan tersebut.



Mereka yang ingin memuat naik iklan berkaitan isu sosial seperti hak awam dan sosial, imigrasi, jenayah, nilai politik dan pentadbiran perlu melalui proses pengesahan itu.



Langkah itu dibuat selepas pengumuman Jabatan Pilihan Raya tentang pembentukan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) pada 4 September, yang memberi petanda bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan dalam masa beberapa bulan akan datang. 



Dalam beberapa minggu mendatang, Facebook akan melancarkan satu laporan tentang pengiklanan, untuk menyediakan maklumat kepada mereka yang kurang tahu menggunakan teknologi, tentang iklan yang berkaitan dengan isu sosial, pilihan raya atau politik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >