Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WANITA

Fahami gejolak rasa kaum Hawa

Mar 24, 2018 | 05:30 AM



BERDAKWAH sekali gus memperkasa golongan wanita.



Pendekatan itulah yang diambil pendakwah setempat, Ustazah Liyana Musfirah Anwar, 25 tahun, dalam menyebarkan nilai dan ajaran Islam dalam kalangan wanita.



Dalam usahanya itu, beliau menggunakan media sosial bagi mendekati kaum Hawa yang memerlukan sokongan dalam menghadapi kesulitan hidup dan hubungan.



Teras perkongsian ibu tiga anak itu ialah rahmat Tuhan lebih besar daripada hukuman-Nya.



"Ini tidak bermakna saya tidak fokus pada hukuman. Saya akui, ya ada hukuman.



"Apabila anda membuat kesalahan, anda akan dihukum, tetapi saya lebih percaya pada rahmat Tuhan," ujarnya.



Bekas pelajar Madrasah Alsagoff Al-Arabiah itu lulusan diploma bidang syariah dan dakwah dan diploma lanjutan bahasa Arab di Syria.



Di Syria, beliau mengikuti hingga tahun ketiga pengajian bidang perbankan Islam dan ekonomi di Universiti Al Fatah.



Namun, pergolakan politik memaksanya berpindah ke Mesir dan mengikuti pengajian hingga tahun ketiga bidang pengajian Islam di Universiti Terbuka Amerika (AOU).



Sekembalinya ke Singapura, Ustazah Liyana terdorong memperkasa wanita dengan mengadakan kursus, bengkel pendidikan Islam, isu Muslimah dan menggalak mereka mencari suara dan menghargai kecantikan dalaman masing-masing.



"Mereka perlukan seseorang untuk mendengar. Mereka hanya mahu anda mendengar masalah mereka kerana tiada tempat mengadu.



"Saya fikir mereka lebih suka mendekati saya kerana bukan sahaja mereka ada tempat meluahkan perasaan, malah memperolehi perspektif rohani.



"Contohnya, mereka akan bertanya 'Allah nak saya faham apa ini, Ustazah?', 'Zikir apa yang saya boleh baca?'," ujarnya,



Beliau berkata ada di antara wanita itu pada masa yang sama mendapatkan bantuan kaunselor atau pakar psikologi.



Demi menyokong mereka, beliau memulakan laman sendiri www.liyanamusfirah.com.



Laman itu menapis setiap kes bagi membolehkannya memberi perhatian kepada mesej dihantar dan ada kalanya mengadakan pertemuan dengan mereka.



Menurut beliau, ada wanita berkongsi tentang dosa besar yang mereka lakukan seperti berzina dan tidak bersolat.



Tanpa bersangka buruk, Ustazah Liyana berusaha menasihati mereka supaya bertaubat dan mula melakukan tindakan baik kerana "anda tidak tahu jika tindakan baik itu sebenarnya boleh menutupi tindakan jahat".



Antara soalan yang sering diajukan adalah masalah hubungan dengan teman, suami atau teman lelaki dan anak.



Ada juga mengeluh tentang situasi mencabar dan tidak mempunyai suami yang menyokong.



Menceritakan tentang pengalaman peribadinya, beliau berkata:



"Dua tahun pertama setelah kelahiran anak pertama, saya tidak bekerja hingga mula rasa kehilangan identiti diri.



"Saya rasa saya sangat muda, saya kena jadi anak, saya kena hidup dengan mentua dan mula rasa kebahagiaan peribadi tidak penting, tetapi kebahagiaan suami dan anak lebih penting.



"Empat tahun kemudian, saya tidak dapat menahan perasaan kerana sangat terjejas."



Katanya, individu tidak harus mengabaikan diri sendiri.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >