Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahami tradisi Deepavali antara kegiatan teroka bersama keluarga

Oct 16, 2023 | 04:02 PM



Jadikan masa bersama keluarga lebih istimewa dengan idea dan kegiatan berikut.

Rai: Program bertemakan Deepavali

Rumah terbuka Deepavali tahunan di Pusat Warisan India telah kembali.

Setiap hujung minggu hingga 12 November, anak-anak anda boleh mengambil bahagian dalam pelbagai kegiatan, menonton persembahan dan meneroka perayaan ini untuk lebih memahami tradisinya.

Masuk ke pusat yang terletak di Little India itu adalah percuma. Kebanyakan program yang ditawarkan di pusat itu juga adalah percuma.

Anda juga boleh mengumpul sampul wang Deepavali secara percuma selagi stok masih ada.

Terdapat juga bengkel berbayar.

Antara yang menarik ialah kelas melukis inai pada 22 Oktober untuk belia berumur 14 tahun ke atas. Bayarannya ialah $20 seorang.

Kanak-kanak berumur lima tahun dan ke atas bersama ibu bapa mereka boleh mengikuti lawatan galeri yang mempamerkan perkahwinan tradisional kaum India. Ia berlangsung pada 4 dan 5 November, dengan bayaran $10 seorang.

Ketahui lebih lanjut tentang rumah terbuka itu di laman web str.sg/ipAz.

Halloween bersama keluarga

Jika anak-anak anda sukakan permainan imaginatif dan memakai kostum, ada pertandingan pakaian Halloween terbaik anjuran pusat beli-belah Century Square. Anda boleh daftar anak anda menjelang Jumaat ini dengan peluang memenangi kad hadiah beli-belah bernilai hingga $600.

Peringkat akhir pertandingan itu adalah pada 28 Oktober.

Ia terbuka kepada kanak-kanak berumur satu hingga 12 tahun.

Ketahui lebih lanjut di laman web bit.ly/CS_ HalloweenScaretacular.

Baca: Buku bergambar percuma

Pengarang Singapura, Emily Lim-Leh, dan pelukis, Josef Lee, telah bekerjasama untuk buku bergambar keempat mereka yang boleh anda muat turun secara percuma.

I Really, Really Don’t Feel Well ialah sebuah karya fiksyen yang diilhamkan daripada kes sebenar seorang kanak-kanak yang mula mengalami ketidakselesaan secara fizikal setiap kali dia mendengar ibu bapanya bertengkar.


Ia mengandungi penerangan tentang bagaimana trauma mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Melalui pengesanan awal dan campur tangan yang tepat pada masanya, seseorang boleh membantu kanak-kanak menghadapi peristiwa yang menyedihkan dalam hidup mereka dengan lebih baik.

Ini adalah projek sukarela para pencipta buku itu untuk menyokong pertubuhan tidak mengaut untung, Epworth Community Services, yang bekerjasama dengan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Muat turun e-buku itu di str.sg/ipAK.

Anda juga boleh menemui karya-karya terdahulu mereka – termasuk What Do I Do If I’m Covid Positive? yang diterbitkan pada 2022 – dari blog Lim-Leh di laman web mummumstheword.wordpress.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >