PASAR raya NTUC FairPrice (FairPrice) telah mengumumkan ia akan mengagihkan baucar FairPrice bernilai $6 apabila pelanggan membelanjakan minimum $55 dari baucar pasar raya CDC dalam satu transaksi.
Ia akan diberi di cawangan FairPrice mulai semalam hingga 15 Januari ini.
Baucar FairPrice sah digunakan sehingga 28 Februari akan datang.
Dalam satu kenyataannya pada Selasa (3 Jan), FairPrice menyatakan inisiatif ini sebagai menyokong pelancaran skim Baucar CDC 2023 di satu acara di Kampung Admiralty.
Bagi membenarkan pelanggan memanfaatkan penjimatan mereka, baucar boleh digunakan bersama skim-skim diskaun yang tersedia di FairPrice.
“FairPrice kekal komited mengimbangi kos kehidupan. Tahun lalu, FairPrice memberikan lebih $11.5 juta dalam bentuk penjimatan menerusi skim PG, MG, Chas kad biru dan diskaun untuk warga senja,” kata kenyataan itu lagi.
Pilih perkataan yang betul
1/3
< Kuiz sebelumnya
< Kuiz sebelumnya
27
0
FairPrice beri baucar $6 jika belanja minimum $55 dari baucar CDC
Jan 03, 2023 | 07:06 PM