Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice Group dan ExxonMobil Asia Pacific kumpul dana $100,000

Sep 23, 2023 | 04:45 PM



Sekitar 200 sukarelawan telah berkumpul untuk mencuci kereta dan mengumpulkan dana lebih $100,000 bagi Children’s Aid Society (CAS) pagi Ahad.

Usaha amal itu diadakan di enam stesen Esso di seluruh Singapura, termasuk stesen Esso di 399 Lorong 2 Toa Payoh, yang dihadiri oleh Encik Seah Kian Peng, Speaker Parlimen dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan NTUC Enterprise (NE).

Cuci kereta amal itu merupakan sebahagian daripada program sukarelawan pekerja FairPrice Group.

Acara amal tahunan FairPrice Group (FPG) dan ExxonMobil Asia Pacific Pte Ltd itu juga adalah bersempena dengan sambutan 20 tahun hubungan strategik mereka.

Dana yang dikumpul akan digunakan untuk menyokong kanak-kanak dan remaja berumur tujuh tahun hingga 18 tahun yang mengalami keadaan keluarga yang buruk atau isu perlindungan kanak-kanak.

Menurut Pengarah Eksekutif CAS, Encik Alvin Goh, acara amal itu merupakan tahun kedua kerjasma CAS dengan ExxonMobil dan FairPrice Group. 

“Sumbangan dari tahun lalu telah banyak membantu kanak-kanak dan remaja kami dalam perjalanan mereka untuk menjadi individu yang berdaya tahan dan berdaya maju. 

“Kami mengucapkan terima kasih kepada penganjur, serta penaja dan penderma tahun ini atas sokongan kepada CAS melalui sumbangan hari ini,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >