Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fairprice terus beri diskaun, akui hadapi cabaran kekalkan harga rendah: CEO

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



ADALAH satu cabaran besar bagi rangkaian pasar raya FairPrice untuk mengekalkan harga rendah secara konsisten, sedang Singapura dan seluruh dunia bergelut dengan inflasi tinggi, kata ketua eksekutif kumpulan FairPrice Group, Encik Vipul Chawla.



Tekanan untuk mengekalkan harga rendah itu akan menjadi lebih sengit dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang, ujarnya semasa wawancara dengan The Straits Times.



"Kami menghadapi tahap inflasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.



"Ini sedang kami melakukan yang terbaik untuk membiayai program (diskaun), namun inflasi adalah nyata.



"Kami mendapatkan sumber barangan kami dari seluruh dunia. Kami tidak mengawal harga yang mereka jual kepada kami, namun kami mengekalkan harga atau menawarkan diskaun.



"Itu memang menjadi mencabar," kata Encik Vipul.



Namun beliau menambah bahawa sekiranya harga perlu dinaikkan untuk bersaing dengan inflasi, kenaikan itu akan menjadi "adil" untuk pengguna.



Pada awal November, FairPrice menyatakan ia akan memberi diskaun 1 peratus bagi 500 barangan yang biasa dibeli bagi tempoh separuh pertama 2023 bagi mengimbangi kenaikan cukai barang dan perkhidmatan (GST).



Rangkaian pasar raya itu mempunyai pelbagai program diskaun sepanjang minggu, dan sebelum ini mengurangkan harga bagi barangan tertentu, seperti telur dan minyak masak, apabila harganya menjadi lebih mahal.



Diskaun itu dibiayai dengan cara berlainan, seperti menggunakan skala ekonomi untuk mendapatkan tawaran lebih baik daripada pembekal.



Namun, dalam beberapa keadaan, margin keuntungan masih akan terjejas, terutamanya apabila pihak pasar raya menyerap kenaikan harga, jelas Encik Vipul.



Satu contoh ialah semasa larangan eksport ayam Malaysia ke Singapura pada Jun lalu.



Langkah minit-minit akhir untuk memastikan rak pasar raya kekal penuh telah menyebabkan beberapa kos tambahan tidak diserahkan kepada pengguna, katanya.



Larangan itu adalah salah satu daripada banyak cabaran yang dihadapinya sejak menyertai FairPrice pada April lalu.



Sebagai tambahan kepada cabaran yang timbul daripada inflasi, usaha berterusan untuk mengukuhkan rangkaian rantaian bekalan pasar raya di tengah-tengah latar belakang ketegangan geopolitik yang semakin meningkat dan konflik Russia-Ukraine bukanlah sesuatu yang mudah.



Pelaburan besar telah dibuat untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan, seperti dengan memanfaatkan analitik data untuk menjadikan proses lebih cekap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >