Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice: Tiada perubahan besar pada trafik pelanggan sejak langkah ketat Covid-19 diumum

May 06, 2021 | 09:22 PM



FAIRPRICE tidak menyaksikan “sebarang perubahan besar dalam trafik pelanggan” sejak langkah ketat Covid-19 diumumkan, kata jurucakap bagi rangkaian pasar raya itu pada Khamis (6 Mei).



“Kami sedang memantau keadaan dengan teliti dan mahu meyakinkan warga Singapura bahawa kami mempunyai simpanan stok yang mencukupi bagi keperluan harian dan pada harga yang berpatutan untuk semua,” tambah jurucakap itu, menjawab pertanyaan The Straits Times. 



“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengingat pelanggan untuk hanya membeli apa yang mereka perlukan, dan tidak perlu untuk menyorok barangan.”



Dalam pada itu, penutupan sempadan Singapura ke India baru-baru ini juga tidak menyebabkan “sebarang gangguan besar” kepada bekalan FairPrice.



Jurucakap itu menambah bahawa FairPrice mempelbagaikan sumber makanan dan simpanan stok pentingnya untuk menyediakan penimbal bagi sumber bekalan alternatif, jika perlu.



“Sumber FairPrice datang dari lebih 100 negara di serata dunia termasuk India, yang merangkumi kurang satu peratus daripada bekalan makanan keseluruhan kami,” kata jurucakap itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >