Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LAPORAN SIDANG JAWATANKUASA HAK ISTIMEWA PARLIMEN

Faisal, pemimpin WP lain tidak pernah minta Raeesah teruskan pembohongan

Dec 13, 2021 | 05:30 AM



NAIB Pengerusi Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap, memberitahu sebuah jawatankuasa Parlimen bahawa beliau dan pemimpin parti lain tidak pernah meminta Cik Raeesah Khan agar meneruskan pembohongan yang disampaikan di Parlimen.



Beliau juga mengaku payah memahami mengapa dirinya, Ketua WP, Encik Pritam Singh dan Pengerusi WP, Cik Sylvia Lim, tidak memberi reaksi selepas Cik Raeesah memberitahu mereka beliau berbohong.



Namun, beliau menjelaskan bahawa mereka terkesan selepas mendengar tentang serangan seksual Cik Raeesah dan prihatin tentang kesejahteraannya.



Penceritaan tentang apa yang berlaku antara pemimpin WP dengan Cik Raeesah didedahkan Encik Faisal dalam tempoh enam jam bersidang di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa pada Khamis lalu.



Jawatankuasa itu mengeluarkan laporan khas sebagai ringkasan kenyataan Encik Faisal malam kelmarin.



Encik Faisal memberitahu jawatankuasa itu bahawa beliau mula mengetahui tentang pembohongan Cik Raeesah pada mesyuarat 8 Ogos yang diadakan di rumah Encik Pritam.



Mesyuarat itu dihadiri Encik Faisal, Encik Pritam, Cik Raeesah dan Cik Lim.



Cik Raeesah mengaku berbohong tentang dirinya menemani seorang mangsa rogol ke balai polis dalam ucapannya di Parlimen pada 3 Ogos lalu.



Beliau juga mengaku anekdot itu didengar di sebuah kumpulan sokongan.



Cik Raeesah juga mendedahkan bahawa beliau diserang secara seksual ketika berusia 18 tahun ketika belajar di Australia, jelas Encik Faisal.



Menurutnya, Encik Pritam dan Cik Lim tidak memarahi Cik Raeesah.



Encik Pritam juga tidak memberi isyarat Cik Raeesah harus menghadap jawatankuasa yang dilantik Parlimen setiap penggal untuk meninjau sebarang aduan tentang pelanggaran hak istimewa Parlimen.



Menurut Encik Faisal, tidak ada perbincangan lanjut mengenai pembohongan Cik Raeesah di Parlimen.



Apabila Encik Pritam bertanya siapa lagi yang mengetahui tentang serangan seksual itu, Cik Raeesah menjelaskan mantan penolongnya, Cik Loh Pei Ying; sukarelawan parti, Encik Yudhishtra Nathan; pakar terapi Cik Raeesah dan suaminya.



Selepas mesyuarat itu, Cik Raeesah mengirim pesanan WhatsApp kepada Cik Loh dan Encik Nathan dan menyatakan bahawa pemimpin WP telah berbincang dengannya dan memintanya agar merahsiakan pembohongan itu "hingga ke liang lahad".



Menurut Encik Faisal, segala perkongsian dalam pesanan WhatsApp itu benar kecuali dakwaan bahawa pemimpin WP meminta Cik Raeesah agar mendiamkan diri tentang pembohongan itu.



Beliau berkata dirinya risau mengapa Cik Raeesah sanggup berbohong kepada dua anggota WP itu.



Menurutnya, pembohongan di Parlimen itu akan membuatkan orang awam mempunyai tanggapan buruk terhadap polis dan ini adalah perkara serius.



"Mangsa serangan seksual juga akan berasa risau membuat laporan kepada polis jika mereka berasakan anekdot itu adalah benar," jelas laporan itu mengenai respons Encik Faisal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >