Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faisal tahu tentang pembohongan Raeesah tapi serahkan kepada 'budi bicara' ketua WP

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



SEDANG Naib Pengerusi Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap, sedar bahawa pembohongan yang dilakukan Cik Raeesah Khan di Parlimen boleh dianggap satu kesalahan, beliau tidak mengambil apa-apa langkah untuk menanganinya kerana merasakan perkara tersebut lebih baik diserahkan kepada ketua parti tersebut, Encik Pritam Singh, bagi pertimbangan beliau.



Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) yang meneliti kes Cik Raeesah itu berkata demikian dalam laporan khas kedua yang dikeluarkan malam Sabtu lalu.



"Encik Faisal bersetuju bahawa membiarkan pembohongan itu berterusan di Parlimen berkemungkinan satu kesalahan dan ia boleh menjejas beliau, Encik Pritam dan (Cik Sylvia Lim, pengerusi WP) secara peribadi," ujar jawatankuasa itu, sambil menambah, sebagai Anggota Parlimen (AP), beliau juga mempunyai tanggungjawab memastikan pembohongan tidak kekal sebagai satu rekod di Parlimen.



Namun, sedang Encik Faisal bersetuju bahawa ia adalah penting untuk menjelaskan duduk perkara sebenar mengenai apa yang diucapkan Cik Raeesah pada 3 Ogos lalu secepat mungkin, pada pemikirannya, ini adalah perkara untuk ditangani oleh Encik Pritam selaku ketua pembangkang.



Justeru, bila Cik Raeesah harus membuat penjelasan di Parlimen bergantung kepada penilaian Encik Pritam, kata jawatankuasa itu lagi.



Encik Faisal mendapat tahu mengenai pembohongan Cik Raeesah pada 8 Ogos semasa beliau mengadakan pertemuan dengan bekas AP itu, bersama Encik Pritam dan Cik Lim.



Menurut jawatankuasa tersebut, Encik Faisal berkata tiada draf keterangan atau catatan media yag disiapkan untuk memberi penjelasan mengenai pembohongan di Parlimen pada September itu.



Beliau tidak membincangkan perkara itu lagi dengan Encik Pritam mahupun Cik Lim atau Cik Raeesah.



Encik Faisal juga mengakui bahawa beliau tidak menjangkakan bahawa pembohongan yang diberitahu Cik Raeesah mengenai insiden beliau menemani mangsa rogol ke balai polis akan ditimbulkan semasa sidang Parlimen pada 4 Oktober, kata laporan tersebut.



Beliau hanya mengetahui mengenai pertukaran antara Cik Raeesah dan Menteri Ehwal dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, di mana Cik Raeesah sekali lagi mengulangi pembohongannya itu apabila beliau membaca laporan media di telefon bimbitnya.



Encik Faisal memberitahu COP bahawa beliau "terkejut dan bimbang" serta memahami ia adalah satu masalah besar bagi Cik Raeesah dan WP kerana beliau telah berbohong sebanyak dua kali di Parlimen.



Ketika itu, beliau prihatin, kata Encik Faisal sambil menambah parti tersebut harus melakukan sesuatu mengenai isu tersebut.



"Encik Faisal tidak mendapatkan penjelasan daripada Cik Lim, Encik Pritam atau lain-lain CEC (anggota eksekutif pusat) mengenai apa yang perlu dilakukan mengenai pembohongan Cik Raeesah. Ini kerana beliau percaya Encik Pritam akan menyelesaikan isu tersebut. Beliau juga percaya Cik Raeesah akan melakukan perkara yang betul."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >