Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Bahasa Melayu perlu kekal penting dalam pembangunan anak-anak

Capai tahap tinggi dalam keupayaan dwibahasa
Aug 23, 2021 | 05:30 AM



ADALAH penting bagi anak muda Singapura mengecapi tahap tinggi keupayaan berdwibahasa, dan bahasa Melayu kekal penting dalam pembangunan anak-anak.



Ibu bapa juga memainkan peranan dalam mempengaruhi pembangunan anak mereka dari segi mendedahkan mereka kepada penulisan dan bacaan dalam bahasa Melayu. Demikian menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim semalam.



Berucap di majlis pelancaran Antologi Cerpen Karya Singapura terbitan Alam Cahaya yang terdiri daripada dua buku Melayu, Dr Faishal berkata:



"Kalau kita lihat di serata dunia, bahasa Inggeris semakin sering digunakan, masyarakat dunia rasa selesa menggunakan bahasa Inggeris dan membaca bahasa Inggeris.



"Di Singapura, walaupun kita dapat melihat trend seperti ini juga, kita mempunyai satu lagi sokongan di mana pemerintah tidak akan melupakan bahasa ibunda kita, termasuk bahasa Melayu, dan pemerintah akan memberikan tumpuan yang tinggi terhadap pembangunan bahasa Melayu."



Beliau berkata keutamaan penggunaan bahasa Inggeris tidak semestinya bermaksud kemerosotan bahasa Melayu, malah amalan kedwibahasaan dalam kalangan keluarga Melayu di Singapura tetap tinggi.



Justeru, perlu untuk memberi ruang dan peluang untuk masyarakat mengamalkannya dan mendapat sumber seperti dalam bentuk buku.



Diminta mengulas tentang penerbitan buku Melayu 'Bukit Merah' dan 'Peperiksaan Akhir' itu yang mengandungi karya penulis setempat, Dr Faishal berkata ia satu usaha murni yang perlu disokong sepenuhnya.



Menurutnya, karya bermutu yang dibukukan akan menambah bahan bacaan dan meningkatkan akses dan jangkauan pembaca kerana buku-buku ini boleh didapatkan di perpustakaan dan wadah penjualan buku.



Ini lantas mewujudkan budaya membaca yang lebih bertenaga dan mampu menjadikan tabiat membaca sebagai sebahagian daripada amalan kehidupan, katanya lagi.



Justeru, menurut Dr Faishal, penerbitan buku-buku tersebut datang tepat pada waktunya.



"Usaha ini bukan sahaja untuk menonjolkan karya dan bakat penulis setempat malah untuk menambah bahan bacaan yang berlatarbelakangkan Singapura dan yang disulam dengan nilai teras seperti tanggungjawab, saling menghormati dan kasih sayang.



"Hal ini penting khususnya untuk pembaca muda kerana konteks budaya masyarakat Singapura sebagai latar cerita boleh mewujudkan keterkaitan dengan lingkungan kehidupan pembaca," jelas beliau.



Beliau melahirkan harapan agar bahasa, budaya dan kesusasteraan Melayu akan terus hidup dan berkembang.



Di samping meneruskan usaha generasi perintis dan memberi penghormatan kepada mereka yang mendukung tanggungjawab melestarikan bahasa Melayu, perlu juga untuk memberi ruang kepada generasi muda meneruskan usaha ini, tambah Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >