KEHARMONIAN antara pengguna laluan pejalan kaki bukan hanya perlu dilakukan melalui peraturan, malah menerusi penerapan sikap bertimbang rasa dalam kalangan anggota masyarakat yang menggunakan ruang tersebut.
Demikian ditekankan Setiausaha Parlimen (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga pengerusi Panel Penasihat Pergerakan Aktif semasa sesi perbincangan kumpulan fokus ketiga yang diadakan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) di Orchid Country Club, baru-baru ini.