Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Hubungan S'pura, Arab Saudi kian berkembang, kukuh

Sep 24, 2022 | 05:30 AM



HUBUNGAN jangka panjang Singapura bersama Arab Saudi telah berkembang dan semakin kukuh, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semasa ucapan beliau sempena menyambut Hari Kebangsaan Arab Saudi yang ke-92 di Hotel Shangri-La kelmarin.



Satu contoh hubungan kukuh ini adalah apabila Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Abdulaziz Al-Saud, mencadangkan untuk membentuk sebuah suruhanjaya untuk meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara semasa lawatan Presiden Halimah Yacob ke negara itu pada 2019.



Sejak itu, wadah kerjasama ekonomi, Jawatankuasa Bersama Saudi-Singapura (SSJC), telah ditubuhkan, menjadi mekanisme dua hala berperingkat tinggi pertama Singapura dengan Arab Saudi.



"Hubungan kerakyatan dan ekonomi yang mengikat kedua-dua negara kita adalah kukuh. Arab Saudi adalah rakan dagangan kedua terbesar Singapura di Timur Tengah dengan perdagangan dua hala tahun lalu berjumlah lebih AS$6.8 bilion dolar ($9.65 bilion).



"Terdapat kehadiran perniagaan Singapura yang kukuh di Arab Saudi dan begitu juga sebaliknya," katanya.



Dr Faishal percaya "lebih banyak lagi" kedua negara ini boleh lakukan bersama, di samping menyambut 45 tahun hubungan diplomatik sejak penubuhan hubungan formal pada 1977.



"Ekonomi kita saling melengkapi dan terdapat bidang kerjasama baru yang kedua-dua pihak berminat untuk meneroka, termasuk dalam dunia tenaga yang boleh diperbaharui (renewable energy) dan ekonomi digital.



"Singapura menantikan perbincangan lanjut dengan rakan-rakan Arab Saudi tentang bagaimana kita boleh mengambil lonjakan seterusnya bersama-sama," tambah beliau.



Dr Faishal turut menekankan perhubungan kukuh kedua negara itu apabila para pemimpin kian berhubung rapat antara satu sama lain meskipun berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19.



Malah, enam Menteri telah bertukar lawatan pada tahun ini sahaja, termasuk tiga pada awal bulan ini apabila sekatan perjalanan udara dilonggarkan.



Dr Faishal juga berterima kasih terhadap Arab Saudi atas sokongan mereka untuk memberikan lebih 900 jemaah haji menunaikan ibadah mereka tahun ini dan berharap "lebih banyak tempat boleh diperuntukkan kepada jemaah haji Singapura pada masa hadapan".



Januari lalu, Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Encik Abdullah Mohammed AlMadhi, berkata hubungan kededua negara itu telah meningkat dari tahap ke tahap sejak 1977.



"Singapura merupakan hab perniagaan dan kewangan. Banyak syarikat dari Amerika Syarikat, China, Eropah, juga Timur Tengah berada di sini. Jadi sebagai hab bagi kawasan di sini, kami mendapati Singapura amat penting," katanya.




"Hubungan kerakyatan dan ekonomi yang mengikat kedua-dua negara kita adalah kukuh. Arab Saudi adalah rakan dagangan kedua terbesar Singapura di Timur Tengah dengan perdagangan dua hala tahun lalu berjumlah lebih AS$6.8 bilion dolar ($9.65 bilion).

Terdapat kehadiran perniagaan Singapura yang kukuh di Arab Saudi dan begitu juga sebaliknya...

Singapura menantikan perbincangan lanjut dengan rakan-rakan Arab Saudi tentang bagaimana kita boleh mengambil lonjakan seterusnya bersama-sama."

- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >