Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Kempen 'Dadah Itu Haram' tunjuk kemajuan besar, tapi...

Oct 10, 2022 | 05:30 AM



KEMPEN Dadah Itu Haram (DIH) telah menunjukkan kemajuan besar, tetapi sokongan lebih banyak pertubuhan dan individu diperlukan untuk meluaskan mesejnya, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Sejak ia dilancarkan pada 2017, kempen antidadah itu telah menggembleng tenaga lebih 230 relawan dan lebih 340 pertubuhan yang membantu menbentuk dan menyampaikan bersama program dan inisiatif DIH dengan Biro Narkotik Pusat (CNB).



Kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam bahawa dadah diharamkan dalam Islam dan untuk berkongsi kepentingan menjalani kehidupan sihat dan bebas dadah.



Lebih daripada 140 acara DIH juga telah dikelolakan sepanjang tempoh lima tahun itu.



Dr Faishal, ketika berucap di acara penghargaan bagi relawan dan rakan kongsi Dadah Itu Haram yang diadakan di Hotel Concorde semalam, berkata:



"Kempen ini telah mencapai kemajuan yang ketara dalam tempoh lima tahun yang lalu. Tinjauan baru-baru ini menunjukkan kesedaran, penyertaan dan penglibatan yang tinggi dengan kempen ini."



Kemajuan yang dimaksudkan Dr Faishal ini termasuk penglibatan semua 71 masjid di Singapura untuk menyokong kempen DIH.



Sepanduk dan papan kadbod atau 'standee' DIH kini dipamerkan di premis masjid-masjid ini.



Beberapa masjid juga telah bersama-sama menganjurkan acara DIH dengan CNB seperti acara sulung mendekati belia di Masjid Maarof pada Disember tahun lalu.



Mesej antidadah juga menjadi topik khutbah solat Jumaat, sempena Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan dan Pengedaran Haram Dadah setiap tahun.



Dr Faishal berkata khutbah sebegini mendekati lebih 80,000 umat Islam di Singapura setiap kali ia diadakan.



Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) juga telah menyumbang kepada kemajuan DIH, dengan menyokong bekas pesalah dan keluarga mereka.



Usaha rangkaian itu, yang ditubuhkan pada November 2021 dan merangkumi 26 MMO dan 11 bandar M Kuasa Tiga (M3), berjaya memerangi dadah, dan dalam mencegah kesalahan dan kesalahan berulang, tambah beliau.



Kadar residivisme Melayu bagi kohort pesalah yang dibebaskan pada 2019 adalah 26 peratus berbanding 2015, iaitu 33.5 peratus.



Jumlah pesalah dadah Melayu yang ditahan pada 2021 turun kepada 1,282 daripada 1,618 pada 2017. Nisbah relawan kepada banduan juga bertambah baik daripada 1:27 pada 2017, kepada 1:9 pada 2021.



Meskipun terdapat kemajuan pada DIH, Dr Faishal akur usaha ini diancam oleh dasar dadah liberal negara lain. Antaranya ialah Thailand yang telah membenarkan penggunaan ganja.



"Kita tidak boleh leka. Profil penagih dadah baru terus menjadi perhatian. 60 peratus daripada penyalahguna dadah baru yang ditahan berumur di bawah 30 tahun, dan 39 peratus penyalahguna baru yang ditahan ialah bangsa Melayu.



"Kami memerlukan lebih banyak organisasi dan individu untuk tampil ke depan untuk melontarkan sokongan, sumber dan suara mereka, bagi menguatkan mesej DIH," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >