Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Panduan permudah perkukuh sinergi bantu pesalah

Apr 12, 2022 | 05:30 AM



Rangkaian ini terdiri daripada 26 MMO, seperti Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Singapura (Pergas), Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan Bagi Pesalah dan Keluarga (FITRAH), dan AMP, serta 11 bandar M³ yang menyediakan program campur tangan dan jangkauan.



"Saya gembira berkongsi bahawa kami telah membangunkan panduan yang mengandungi program dan semua usaha yang dijalankan oleh setiap MMO.



"Ini dapat membantu setiap MMO untuk lebih memahami bantuan dan ekosistem sokongan yang kami sediakan.



"(Dengan panduan ini) mereka juga boleh mengenal pasti pertubuhan yang mereka boleh rujuk serta bidang kerjasama yang boleh mereka lakar untuk mengukuhkan sinergi dan juga sokongan yang diberikan kepada pesalah, bekas pesalah dan keluarga mereka, " kata Dr Faishal.



Panduan program itu disusun bersama oleh ahli rangkaian MMO itu selepas ia dirasmikan November tahun lalu.



Dalam pada itu, ia juga mewujudkan peluang bagi pertubuhan lain di luar rangkaian tersebut melibatkan diri dan memberikan kerjasama.



Panduan yang dikenali sebagai Rangkaian Panduan Program dan Perkhidmatan MMO ini boleh didapati di laman M³ dan ia akan dikemas kini sekiranya program dan perkhidmatan baru diperkenalkan.



Di seminar di auditorium ibu pejabat Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) itu, Dr Faishal turut mempengerusikan perbincangan panel melibatkan anggota rangkaian, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) serta Biro Narkotik Pusat (CNB).



Panel itu membincangkan dan meneroka cara pertubuhan dalam rangkaian MMO ini boleh menyokong usaha SPS dan CNB.



Ia juga meneroka cara pertubuhan terlibat boleh bekerjasama untuk menangani isu seperti sikap semakin terbuka terhadap pengambilan dadah.



Melangkah ke hadapan, Dr Faishal berkata lebih banyak latihan dan sesi perkongsian maklumat serta perjalanan pembelajaran sedang dirancang sebagai sebahagian daripada usaha berterusan rangkaian MMO ini untuk membela nasib individu dan keluarga berisiko dengan lebih baik.



Antara MMO dalam rangkaian ini ialah Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF), yang menyediakan bantuan kewangan kepada anak penagih atau bekas penagih dadah bagi pendidikan mereka sejak 2005.



Setiausaha kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun, berkata perjumpaan dan pendedahan seperti semalam akan membuat rangkaian MMO lebih berkesan kerana dapat memperolehi maklumat terkini.



"Ini akan membuat kami lebih peka dan berkeyakinan dalam mendekati dan membantu keluarga pesalah dadah ini," ujar beliau.



Mengongsi tentang program dan kerjasama yang sedang dilaksana bagi membantu keluarga pesalah dadah, Cik Haslinda berkata HGEF bekerjasama dengan MHA, SPS dan CNB bagi menjayakan Projek Pelita Hati, yang diadakan setahun sekali bagi menyinari sambutan Hari Raya Aidilfitri pesalah dan keluarga mereka.



Sebagai sebahagian inisiatif itu, HGEF mencetak kad Hari Raya untuk diberi kepada pesalah bag mereka menulis mesej peribadi dan tulus kepada anak mereka.



"Orang tersayang mereka mungkin tidak ada bersama mereka tetapi mesej peribadi yang dituliskan da-lam kad itu adalah peringatan pen-ting bahawa mereka sentiasa memikirkan tentang anak-anak mereka dan bahawa mereka sentiasa mendambakan kasih sayang dan pengampunan berterusan keluarga.



"Dengan ini, HGEF berharap anak-anak pesalah dapat menenangkan hati dan fikiran mereka kerana mengetahui ibu bapa mereka yang sedang dipenjara masih mengambil berat tentang mereka dan tidak sabar pulang untuk bersama mereka.



"Positiviti begini akan merangsang anak-anak untuk menumpukan perhatian dan melakukan yang terbaik di sekolah, sekali gus membina semula kehidupan mereka melalui pendidikan," ujar Cik Haslinda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >