Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Pelajar madrasah perlu fleksibel, berdaya tahan hadapi cabaran masa depan

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



PELAJAR madrasah perlu berupaya menyesuaikan diri, bersikap fleksibel dan memiliki daya tahan untuk menghadapi pergolakan dunia masa depan yang tidak menentu.



Di samping itu, penguasaan subjek akademik dan agama serta pemahaman kehidupan sosio-agama yang berdasarkan konteks menghasilkan lulusan madrasah yang mampu memenuhi keperluan masyarakat yang semakin pelbagai.



Pada masa yang sama, ajaran Quran dan sunnah yang diterapkan melalui pendidikan di madrasah pula akan terus menjadi pegangan dalam mereka memainkan peranan dalam masyarakat, menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



"Dalam kehidupan yang bergolak dalam dunia yang tidak menentu atau pendeknya Tuna (turbulent, uncertain, novel, ambiguous), penting bagi semua pelajar untuk memiliki keupayaan untuk menyesuaikan diri, fleksibel dan berdaya tahan untuk menghadapi cabaran akan datang," katanya, sambil menekankan pelajar madrasah kini setaraf dengan pelajar lain di sekolah nasional.



Beliau berkata demikian semasa ucapannya di Majlis Penyampaian Anugerah Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah (MAI) atau 'haflah' semalam yang diadakan secara fizikal di kampus baru madrasah itu.



Lebih 80 pelajar telah menerima anugerah semasa majlis tersebut bagi pencapaian mereka sementara 16 pelajar menerima biasiswa, termasuk biasiswa dari sumbangan individu tertentu.



Pencapaian pelajar madrasah menunjukkan keupayaan mereka yang meningkat dan keupayaan ini perlu terus dibangunkan supaya mereka mampu meraih peluang yang tersedia, kata Dr Faishal semasa ditemui Berita Minggu (BM) selepas acara itu.



Ini termasuk peluang untuk memainkan peranan dalam pembangunan negara secara lebih meluas, tambahnya.



Beliau turut menyentuh tentang masa depan cerah bagi pelajar yang memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ukhrawi dan memainkan peranan sebagai asatizah.



"Apa yang dikongsi melalui Jawatankuasa Perbekalan (COS) baru-baru ini menunjukkan masa depan asatizah di Singapura amat cerah, dan banyak peluang yang disediakan bagi golongan ini.



"Asatizah dan pelajar madrasah perlu sambut baik usaha ini, kerja keras dan lihat bagaimana mereka boleh tingkatkan keupayaan untuk ambil peluang yang ada," ujarnya.



Mudir MAI, Encik Herman Cher Ma'in, berkata meskipun pencapaian pelajarnya memberangsangkan, masih banyak lagi yang boleh dijangkakan daripada mereka pada masa akan datang.



"Pada masa akan datang pelajar-pelajar ini akan meneruskan pembelajaran mereka di politeknik atau universiti dan kemudian akan memimpin masyarakat sebagai warga aktif dalam apa jua bidang mereka ceburi, terutama sekali dalam bidang rohani," katanya.



Tambahnya, meskipun tidak semua lulusan MAI yang bakal menjadi asatizah secara rasmi, ruang tetap wujud bagi mereka memainkan peranan untuk menaikkan status masyarakat.



Salah seorang penerima anugerah Arabian Knights- yang mengiktiraf keupayaan pelajar secara menyeluruh adalah Cik Mishel Maryam Nasir, yang merupakan pelajar madrasah terbaik dalam peperiksaan peringkat 'O' tahun lalu dengan sembilan 'A' dan terpilih sebagai valediktorian kohortnya.



"Hari ini, sedang kita meraikan pencapaian pelajar kita, kita dapat melihat sinar harapan.



"Harapan untuk membentuk dunia yang lebih indah untuk kita dan juga semua anggota masyarakat," katanya dalam ucapan yang disampaikan sebagai valediktorian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >