Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal puji kohort banduan terima sijil Nitec khidmat niaga bertambah

Feb 24, 2023 | 05:30 AM



SAIZ kohort bagi banduan yang menerima sijil Nitec dalam bidang perkhidmatan perniagaan menunjukkan peningkatan yang baik apabila ia naik sekitar 75 peratus, daripada 29 pada 2021 ke 51 pada 2022.



Mengulas peningkatan itu dalam ucapan pembukaannya pada pagi Khamis sebagai tetamu terhormat di Majlis Kelulusan Sijil Nitec Perkhidmatan Perniagaan 2023 di Kompleks Penjara Changi, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata:



"Ini satu peningkatan yang baik. Kami melihat banyak perkembangan positif dalam kehidupan banduan kami.



"Sokongan masyarakat adalah penting untuk kejayaan integrasi (semula kepada masyarakat) bekas pesalah.



"Organisasi seperti ITE adalah rakan kongsi utama dalam menyediakan peluang kepada pesalah, membantu mereka untuk kekal di perjalanan betul dan menjadi warganegara yang produktif dan menyumbang (kepada masyarakat)."



Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) telah bekerjasama dengan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk menawarkan peluang meneruskan pendidikan mereka semasa melalui perjalanan rehabilitasi.



Sijil Nitec dalam Perkhidmatan Perniagaan itu telah bermula pada 2021 kepada Institusi A4 dan B5. Pada 2022, program itu diluaskan kepada Institusi TM1.



Antara tujuan program pembelajaran sedemikian adalah supaya bekas banduan dapat meningkatkan kemahiran agar lebih cenderung untuk mendapatkan pekerjaan dengan gaji yang baik setelah dibebaskan nanti.



Dalam pada itu, Dr Faishal berterima kasih dan memuji guru-guru ITE yang telah mainkan peranan dalam kejayaan banduan.



Antara guru di bawah program Nitec itu ialah pensyarah kanan ITE Kolej Central, Encik Kenneth Louis Victor.



Mengongsi pengalamannya mengajar di SPS kepada Berita Harian, beliau berkata:



"Pelajar di sini lebih bersemangat dan tekad untuk berjaya. Mereka mahu memulakan kehidupan yang baru justeru memahami bahawa pendidikan adalah faktor penting dalam peningkatan diri dalam masyarakat."



"Sebagai pendidik, saya amat bangga melihat pelajar saya lulus dan berjaya meraih sijil.



"Saya berbesar hati kerana diberi peluang untuk mendidik mereka dan saya harap sedikit sebanyak, menerusi pengajaran saya, mereka mempunyai harapan dan masa depan yang lebih cerah," tambah guru itu, yang juga merupakan seorang bekas pegawai penjara selama 20 tahun sebelum beralih kerjaya kepada seorang pendidik. Encik Kenneth mengajar sebanyak 16 pelajar.



Antara lain, pelajar banduan 'Adil' (bukan nama sebenar), berusia 29 tahun, berasa amat gembira untuk menerima sijil Nitec semasa majlis itu.



Turut menghadiri majlis kelulusan itu adalah ibu bapanya.



"Alhamdulillah saya dapat tamatkan pengajian dengan keputusan yang baik. Melihat ibu bapa saya gembira membuat saya gembira," ujar anak bongsu empat beradik itu yang berkobah-kobah untuk mempertingkatkan diri supaya mempunyai masa depan yang lebih cerah apabila dibebaskan menjelang Julai ini.



Program Nitec itu telah mengasah kemahiran Adil dalam pengucapan di hadapan khalayak ramai, memandangkan dia seorang pemalu yang sering tidak jelas percakapannya.



Program Nitec itu berlangsung selama setahun. Sebelum meraih sijil Nitec, Adil juga telah mengambil peperiksaan GCE peringkat 'N' di penjara dan muncul berjaya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >