Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal: Sambutan bazar Raya Geylang Serai di luar jangkaan

May 20, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 800,000 pengunjung membanjiri Bazar Hari Raya Geylang Serai bulan lalu, bazar pertama yang diadakan dalam dua tahun sejak pandemik melanda.



Mengumumkan demikian semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, yang juga penasihat utama Wisma Geylang Serai (WGS) yang menganjurkan bazar tersebut, berkata jumlah ini melampaui jangkaannya dan bazar tersebut menarik pengunjung daripada berbilang bangsa.



Menurutnya lagi, walaupun bazar diadakan dalam skala yang lebih kecil, ramai pengunjung tetap datang untuk menikmati bazar yang amat dirindui.



Warga Singapura suka pengalaman bazar yang baik dan bazar Raya merupakan wadah yang menonjolkan demikian, lebih-lebih lagi cinta bersama warga Singapura terhadap makanan, tulisnya dalam pos Facebook yang dimuat naik semalam.



Dr Faishal berkata bazar itu dikunjungi penduduk berbilang kaum mahupun dari pelbagai negara yang menikmati perayaan Ramadan.



"Dengan cara tersendiri, bazar kita menjadi satu cerminan menggalakkan bagi keharmonian dan perpaduan sosial dalam masyarakat kita," kata beliau.



Dr Faishal berkata mereka rasa bertuah kerana setelah dua tahun yang lama, keadaan normal seperti yang dirasakan sebelum pandemik dapat dikembalikan kepada masyarakat.



Kelonggaran langkah yang lanjut ketika bazar sedang dijalankan juga bermakna bazar dapat dilanjutkan untuk memenuhi respons yang amat besar sewaktu minggu pembukaan, kata Dr Faishal.



Beliau berbesar hati melihat "semua orang menempuh barisan beratur panjang dan dengan sabarnya mematuhi langkah pengurusan selamat dan kawalan orang ramai yang ditetapkan".



"Walaupun terdapat kelonggaran dalam langkah, kita tidak boleh mengecualikan diri kita sepenuhnya daripada langkah pengurusan selamat dan kami amat menghargai kerjasama umum yang ditunjukkan orang ramai," tambahnya.



Menceritakan pengalamannya meninjau bazar tersebut, Dr Faishal berkata beliau berpeluang berinteraksi dengan beberapa vendor mengenai pengalaman bazar mereka.



Beberapa pegerai yang ditemui Dr Faishal juga berbesar hati dengan perniagaan yang rancak sepanjang bazar itu diadakan.



Cik Koji Kwek dari Praffles berkongsi bahawa walaupun jumlah penunjung tidak seramai bazar yang diadakan sebelum pandemik, versi tahun ini menandakan perniagaan boleh bangkit kembali menjadi lebih baik.



Dalam pada itu, Encik Muhd Hazri yang menjual dengdeng, berkata mereka gembira dengan cara bazar dianjurkan - adanya kaunter daftar masuk, ruang cukup - dan berjaya mencapai sasaran penjualan mereka dalam dua minggu pertama.



Dalam pada itu, Dr Faishal berkata bahawa respons masyarakat terhadap OKLETSRAYA SHOW bagi kempen #RayaIstimewa di bawah WGS, menandakan masyarakat sedia menghadiri persembahan lagi. Ini memandangkan terdapat 300 penonton di premis WGS untuk persembahan tersebut, dengan 72,000 penonton dalam talian.



Beliau berharap bahawa orang ramai akan menonton persembahan Raya maya seterusnya, anjuran WGS, GUMBIRA RAYA, yang akan disiarkan esok di saluran YouTube dan Facebook WGS.



"Memandang ke depan, saya pasti kita boleh nanti-nantikan acara dan bazar perayaan yang lebih banyak dan lebih besar sedang kita melangkah ke tahap normal seterusnya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >