Faishal syukuri kejayaan anak terima Biasiswa Presiden
Lahirkan rasa gembira bersama isteri kerana Muhammad Dhafer bersama kakaknya turut cenderung dalam kerja kemasyarakatan
Aug 17, 2019 | 05:30 AM
BAK pepatah, ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi.
Namun 'kuah' yang tertumpah ke atas Encik Muhammad Dhafer Muhammad Faishal, bekas pelajar Raffles Institution (RI) berusia 19 tahun, dan antara empat penerima Biasiswa Presiden tahun ini, bukan calang-calang.