Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal 'tangkap' pemandu, penunggang

Jul 01, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, ibarat pegawai Polis Trafik baru-baru ini dan 'menangkap' beberapa pemandu dan penunggang.



Namun, beliau tidak menyaman atau memberi amaran kepada mereka.



Sebaliknya, Profesor Faishal menyertai Polis Trafik meronda di jalan raya pada 17 Jun lalu untuk memberi cenderahati kepada mereka yang memandu atau menunggang secara selamat.



Ia sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya memandu dan menunggang secara selamat dan berhati-hati terhadap pemandu dan penunggang lain.



Usaha itu sebahagian daripada kempen 'Kenal Pasti Pemandu Selamat', yang diadakan sebagai sebahagian daripada kempen Bulan Keselamatan Jalan Raya Singapura 2021.



"Keselamatan jalan raya adalah tangungjawab bersama; mari kita bersama-sama memainkan peranan kita menjaga keselamatan jalan raya kita," kata Dr Faishal dalam satu catatan di laman Facebook semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >