Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Faishal: Terus nikmati bazar dengan jaga jarak selamat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Faishal: Terus nikmati bazar dengan jaga jarak selamat

Apr 04, 2022 | 05:30 AM

BAZAR di Kampong Glam dan Wisma Geylang Serai (WGS) terus sesak semalam - pada hari pertama masyarakat Islam di sini berpuasa.

Ini menyusuli 'kesesakan' yang dialami ramai pengunjung kelmarin, yang dikongsi secara meluas di media sosial.

Meskipun demikian, pemerhatian wartawan menunjukkan, walau sesak, keadaan di kededua bazar tersebut teratur dan orang ramai terus mengamalkan jarak selamat.

Mengulas mengenai sambutan di kededua bazar itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata beliau gembira orang ramai menghargai usaha pihak penganjur mengadakan bazar di kededua lokasi popular itu, meskipun ia perlu dilakukan dalam tempoh yang singkat dek ketidaktentuan keadaan Covid-19.

"Saya gembira masyarakat menikmati pengalaman berbelanja di bazar semula.

"Saya harap pada masa yang sama, kita terus mengambil sikap berjaga-jaga dan mematuhi peraturan pengurusan jarak selamat supaya kita dapat menikmati lebih banyak peluang berinteraksi dan bergaul," ujar beliau, yang merupakan penasihat utama WGS dan penasihat One Kampong Gelam (OKG), persatuan perniagaan di kawasan itu yang menganjurkan bazar sempena acara 'Cinta Cahaya Ramadan'.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3