Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KENAIKAN GAJI GURU MOE

Faktor lain perlu ditimbang juga bagi kekalkan, tarik bakat

Guru alu-alu kenaikan gaji walau ada harap perkara seperti keseimbangan kerja dan hidup, sejahtera mental turut diberi perhatian
moe
Aug 18, 2022 | 06:32 AM



SEDANG para guru rata-rata mengalu-alu kenaikan gaji mereka yang diumum Kementerian Pendidikan (MOE) kelmarin, mereka yang dihubungi Berita Harian menekankan ada faktor lain yang perlu dipertimbang bagi mengekalkan bakat dalam kerjaya itu.



Ada daripada mereka berkata keseimbangan antara kerja dan kehidupan terus menjadi isu.



Semasa mengumumkan kenaikan gaji antara 5 dengan 10 peratus bagi guru, pendidik bersekutu (AED) dan cikgu prasekolah, MOE berkata pelarasan gaji itu bertujuan memastikan pakej gaji keseluruhan mereka kekal kompetitif dan memastikan MOE dapat terus menarik dan mengekalkan bakat pendidik yang baik.



Semakan gaji terakhir bagi guru dan pendidik bersekutu ialah pada 2015.



Seorang guru sekolah menengah yang berpengalaman lebih 15 tahun berkata kenaikan gaji itu datang tepat pada waktunya memandangkan ramai guru kecewa apabila kenaikan gaji kakitangan awam pada awalnya tidak melibatkan mereka.



Walaupun kenaikan gaji itu bertujuan membantu mengekalkan guru berpengalaman, beliau, yang enggan namanya didedah, berkata hakikatnya ialah itu tidak akan menjejas keputusan seorang guru yang ingin berhenti.



"Ada banyak faktor lain yang menyumbang kepada keputusan itu, seperti tuntutan kerja dan sindrom burnout (lelah teramat kerana tekanan berpanjangan). Kesihatan mental guru juga perlu diutamakan," ujar beliau.



Seorang guru sekolah menengah yang baru memasuki bidang perguruan tahun lalu berkata walaupun beliau menyambut baik kenaikan gaji itu, gaji guru awam secara keseluruhan tidak sepadan dengan beban kerja yang dipikul serta masa yang diluang mereka.



Ia tidak selumayan gaji guru sektor swasta, kata beliau, yang juga enggan namanya disiar.



"Yang menjadikan pekerjaan ini berbaloi ialah para pelajar saya. Tugas lain daripada mengajar - contohnya urusan pentadbiran, perancangan acara, mesyuarat - yang membuat pekerjaan ini tidak menyenangkan," katanya.



Mengenai langkah MOE membolehkan guru tidak memegang jawatan Kakitangan Utama (KP) yang telah mencapai gaji maksimum bagi gred substantif pegawai pendidikan am (GEO) 5 dan memenuhi kriteria prestasi bagi kenaikan pangkat maju ke GEO 5A dan mendapat manfaat daripada siling gaji lebih tinggi, beliau berkata ramai rakan sekerjanya yang berpengalaman ragu-ragu ingin maju ke GEO 5A kerana khuatir perlu menggalas lebih banyak tanggungjawab.



Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Singapura (KGMS), Encik Rohan Nizam Basheer, berkata sokongan dalam hal kesihatan mental dan kesejahteraan guru perlu diberi tumpuan.



"Semasa situasi Covid-19, apabila pembelajaran dari rumah (HBL) dilaksanakan, pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh guru.



"Alhamdulillah, keadaan sekarang sudah semakin baik tetapi kesihatan dan kesejahteraan guru tetap penting untuk memastikan guru-guru dapat melaksanakan tugas mereka dengan baik," ujarnya.



Berkongsi pendapat itu, setiausaha agung Kesatuan Guru Singapura, Encik Mike Thiruman, berkata Covid-19 telah membawa tekanan berat kerana guru perlu menyesuaikan diri kepada bentuk pengajaran baru seperti HBL.



Malah, dengan kelas dijalankan semula secara fizikal, bukan mudah bagi guru mengajar sambil memakai pelitup di samping berdepan dengan kerumitan di tempat kerja.



Contohnya, mereka kadangkala perlu menggunakan kedua-dua cara pengajaran - fizikal dan dalam talian - dalam satu masa kerana ada pelajar tidak dapat hadir disebabkan Covid-19.



Encik Thiruman berkata melebihi dorongan kewangan, kesejahteraan diri guru dari segi psikologi dan fizikal juga penting.



"Ini termasuk bagaimana mereka dilayan di sekolah, bagaimana pihak kepimpinan menangani beban kerja mereka, bagaimana kita membuat penyesuaian dan memastikan terdapat keharmonian kerja dan kehidupan buat guru-guru.



"Saya selalu tekankan bahawa kesejahteraan guru adalah kesejahteraan pelajar. Jika guru kurang sihat, pelajar akan rasa kesannya kerana guru di hadapan bilik darjah tidak memberikan yang terbaik," katanya.



Menurut beliau, antara saranan yang diberi ialah pastikan guru mendapat rehat yang mencukupi sewaktu cuti sekolah dan sekolah atau MOE tidak harus memanggil mereka kembali jika tidak perlu.



MOE turut mengumumkan bahawa mulai 2023, Pelan CONNECT akan menyaksikan peningkatan keseluruhan sekitar 20 peratus, dengan kuantum deposit tahunan dan nisbah pembayaran dinaikkan bagi menyokong guru dengan lebih baik pada tahun-tahun awal kerjaya mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >