Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Farid: DPPMS sedia bantu peniaga jika langkah keselamatan diperketat

Jul 07, 2022 | 05:30 AM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) terus bersedia membantu perniagaan sekiranya langkah pengurusan selamat diperketat semula sedang bilangan kes Covid-19 di Singapura meningkat, kata presidennya, Encik Farid Khan.



Ini akan dilakukan menerusi pelbagai program kelolaan DPPMS, seperti Program Pembiayaan Perniagaan, yang bertujuan menangani cabaran yang dihadapi perniagaan semasa pandemik ini.



Encik Farid berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, baru-baru ini bahawa langkah pengurusan selamat tidak perlu diperketat buat masa ini walaupun jumlah kes meningkat memberi jaminan kepada perniagaan yang masih dalam tahap awal pemulihan daripada kesan Covid-19.



Jika langkah pengurusan selamat diperketat, ia boleh mendatangkan hambatan kepada perniagaan yang sedang dalam proses pemulihan untuk membina pendapatan mereka, tambah beliau.



"Berdasarkan maklum balas yang dikumpul, anggota Dewan masih dalam tahap awal pemulihan. Misalnya, anggota industri perkahwinan berkongsi bahawa walaupun pertanyaan mengenai pakej perkahwinan bertambah, pengguna lebih berkemungkinan pilih pakej lebih kecil disebabkan jaminan dan juga tingkah laku pengguna telah berubah.



"Begitu juga bagi industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (Mice), anggota kami berkongsi bahawa disebabkan kebanyakan acara sekarang berskala kecil, menggajikan pekerja sepenuh masa akan menjejas kos manakala pekerja sambilan yang dimampui pula sukar didapatkan," kata Encik Farid.



Beliau menambah bahawa industri makanan dan minuman (F&B) pula terus menghadapi masalah mendapatkan pekerja, dengan pemilik perniagaan berkongsi bahawa ada trend pemegang permit kerja bertukar-tukar pekerjaan.



"Oleh sebab mereka (pekerja) tahu mereka kini dalam permintaan, mereka akan bertukar pekerjaan apabila menemui pekerjaan lebih baik dan gaji lebih tinggi. Di samping itu, pekerja (tempatan dan bukan tempatan) menjangkakan gaji lebih tinggi sekarang," kata beliau.



Di Parlimen kelmarin, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, berkata Singapura sudah menghampiri atau sudah pun berada di kemuncak gelombang jangkitan Covid-19 terkini, dengan bilangan kes melepasi 12,000 kelmarin - sekitar 10 peratus lebih tinggi daripada minggu lalu.



Beliau menambah bahawa gelombang kali ini, yang disebabkan oleh subvarian Omicron BA.4 dan BA.5, tidak seteruk gelombang Omicron awal tahun ini, kerana lebih ramai penduduk telah meraih imuniti lebih kuat sama ada melalui suntikan vaksin penggalak atau pemulihan daripada jangkitan.



Encik Farid berkata DPPMS telah mempertingkat usaha pendekatannya semasa Covid-19 melalui beberapa aspek, termasuk dengan membentuk sebuah pasukan bertindak Covid-19 untuk lebih memahami cabaran yang dihadapi anggotanya.



Antara cabaran utama yang dihadapi perniagaan ialah kos tenaga kerja dan kos sewa tinggi, kata Encik Farid. Dalam usaha membantu perniagaan mengatasi cabaran itu, DPPMS telah menyarankan huraian berbeza, termasuk penggunaan amalan digital seperti pembayaran digital dan platform dalam talian bagi menangani isu tenaga kerja.



Ia juga secara aktif merujuk anggotanya kepada agensi pemerintah untuk mendapatkan bantuan.



"Meskipun situasi pandemik telah bertambah baik, usaha pendekatan ini masih berterusan walaupun ia tidak sekerap seperti waktu permulaan pandemik ini," kata Encik Farid.




Berdasarkan maklum balas yang dikumpul, anggota Dewan masih dalam tahap awal pemulihan. Misalnya, anggota industri perkahwinan berkongsi bahawa walaupun pertanyaan mengenai pakej perkahwinan bertambah, pengguna lebih berkemungkinan pilih pakej lebih kecil disebabkan jaminan dan juga tingkah laku pengguna telah berubah. Begitu juga bagi industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (Mice), anggota kami berkongsi bahawa disebabkan kebanyakan acara sekarang berskala kecil, menggajikan pekerja sepenuh masa akan menjejas kos manakala pekerja sambilan yang dimampui pula sukar didapatkan."



- Encik Farid Khan, presiden DPPMS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >