Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fasih dwibahasa penting demi rapatkan jurang bahasa, budaya

Apr 09, 2023 | 05:30 AM



DWIBAHASA memberi Singapura kelebihan daya saing dan peluang besar untuknya bertindak sebagai nadi penghubung utama Global-Asia apabila ekonomi benua ini dan hubungannya di seluruh dunia terus berkembang, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, di Karnival Dwibahasa anjuran SPH Media di One Punggol, pada Sabtu.



"Penggunaan dwibahasa adalah salah satu dasar Singapura yang paling asas. Ia melengkapkan kita dengan keupayaan untuk berkongsi, menghargai dan menghimpunkan perspektif berbeza...



"Mempelajari dua bahasa tidaklah mudah, terutamanya dengan tabiat berbahasa masyarakat yang sentiasa berkembang," ujarnya.



Hampir separuh daripada penduduk Singapura kini paling kerap berbahasa Inggeris di rumah, berbanding sekitar satu pertiga pada 2010.



Karnival Dwibahasa yang diadakan buat kali pertama ini bertema, "Keseronokan dengan Dwibahasa".



Ia disokong oleh Dana Lee Kuan Yew untuk Dwibahasa (LKYFB) yang menyasarkan keluarga muda yang mempunyai anak di prasekolah atau sekolah rendah untuk belajar bahasa ibunda dengan cara menyeronokkan.



Encik Lee berkata, kajian terkini mendapati, langkah memulakan penggunaan dwibahasa di usia muda amat membantu.



"Dana LKYFB sejak penubuhannya telah membantu banyak daya usaha, termasuk menyokong pelajar muda dan keluarga mereka, dalam penyediaan bahan cetak, digital selain untuk acara persembahan," kata Encik Heng.



Seramai 2,000 peserta memanfaatkan peluang yang ditawarkan semasa Karnival Dwibahasa ini.



Bagi menggalak masyarakat Melayu mengekalkan penggunaan dwibahasa, SPH Media telah membuat pelaburan besar menerusi edisi Gen G dan Cilik Cerdik yang diterbitkan Berita Harian.



Namun Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Cik Teo Lay Lim, tidak menafikan gangguan teknologi dan percambahan media sosial adalah satu halangan besar untuk mendekati pembaca lebih muda.



"Kami juga bekerjasama secara aktif dengan sekolah melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) dan badan Ngee Ann Kongsi untuk membawa penerbitan pelajar kami dalam ketiga-tiga bahasa ibunda kepada pelajar," tambahnya.



Justeru, prasekolah memainkan peranan penting dan kini tadika MOE menawarkan ketiga-tiga pelajaran bahasa ibunda.



Manakala bagi murid yang memerlukan lebih banyak sokongan di sekolah rendah, Program Sokongan Bahasa Ibunda disediakan untuk murid dari Darjah 1 hingga Darjah 3 untuk membina asas mereka.



"Pembelajaran bahasa juga melangkaui bilik darjah dan ibu bapa khususnya memainkan peranan penting.



"Saya menggalakkan ibu bapa bertutur dalam bahasa ibunda anda dengan anak-anak dan menggunakan bahan berguna seperti Cilik Cerdik yang disediakan secara percuma kepada lebih 30,000 kanak-kanak prasekolah setiap tahun," tambah Encik Heng.



Pelbagai kegiatan untuk kanak-kanak menggunakan bahasa ibunda, seperti persembahan pentas dan tayangan filem pendek, telah diadakan.



Ini di samping aktiviti lain seperti pengekodan, seni dan tukangan tangan, meneroka alam semula jadi dan budaya tempatan, yang juga diadakan.



Laporan lanjut: Penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak penting: Maliki




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >