Fatwa atasi kemusykilan tak boleh tutup aurat sepenuhnya dengan seragam: Mufti

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Fatwa atasi kemusykilan tak boleh tutup aurat sepenuhnya dengan seragam: Mufti

Oct 26, 2021 | 3:10 PM

Fatwa atasi kemusykilan tak boleh tutup aurat sepenuhnya dengan seragam: Mufti

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Jawatankuasa fatwa memikirkan panduan yang perlu diberikan kepada jururawat dan petugas perkhidmatan awam yang tidak dapat menutup aurat sepenuhnya disebabkan keperluan tugas, kata Mufti.
Jawatankuasa fatwa memikirkan panduan yang perlu diberikan kepada jururawat dan petugas perkhidmatan awam yang tidak dapat menutup aurat sepenuhnya disebabkan keperluan tugas, kata Mufti. - - Foto fail

JAWATANKUASA fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menerima soalan hukum agama mengenai jururawat dan petugas dalam perkhidmatan awam lain yang tidak dapat menutup aurat sepenuhnya kerana keperluan tugas, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.

Persoalan itu timbul setelah Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Ogos lalu mengumumkan perubahan dasar bagi membolehkan jururawat wanita Islam memakai tudung sebagai tambahan kepada seragam mereka jika mereka mahu. Perubahan itu akan berkuat kuasa 1 November ini.

Menyusuli pengumuman itu, Jawatankuasa Fatwa telah menerima pertanyaan daripada jururawat mengenai keadaan yang mana mereka tak dapat menyempurnakan penutupan aurat secara menyeluruh disebabkan keperluan tugas, termasuk keperluan mengurangkan risiko jangkitan, kata Mufti.

"Ada keadaan yang mana mereka tak dapat menyempurnakan penutupan aurat secara menyeluruh. Sebagai contoh, perlu mereka membuka sebahagian lengan, atau apa yang disebut sebagai 'Bare Below Elbow policy'.

"Mereka bertanya adakah ini sesuatu yang dibolehkan dalam agama kerana mereka memakai tudung tapi perlu mendedahkan sebahagian lengan," kata Mufti apabila ditemui media pada Selasa (26 Okt).

Pada masa yang sama, Jawatankuasa Fatwa juga menerima pertanyaan mengenai wanita Islam dalam perkhidmatan awam berseragam lain yang masih tidak dibenarkan untuk memakai tudung bersama seragam. Ini termasuk daripada mereka yang berhasrat menceburi bidang tersebut.

"Ini menimbulkan pertanyaan di kalangan masyarakat yang terjejas. Adakah mereka masih boleh meneruskan tugas mereka dalam bidang-bidang tersebut. Juga bagi mereka yang ingin ceburi bidang tersebut.

"Di situ timbul persoalan-persoalan yang memerlukan panduan agama bagi kededua sektor tersebut secara amnya, para jururawat dan petugas dalam perkhidmatan awam lain yang tak dapat memakai tudung.

"Kerana itu, jawatankuasa fatwa memikirkan panduan yang perlu diberikan kepada kedua-dua situasi tersebut," kata Mufti. Pada Selasa, Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan fatwa bagi memberi panduan kepada wanita Islam yang ingin memakai tudung dalam konteks pekerjaan berseragam.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg