Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:30

Pemakaian tudung dengan seragam: Muis terbit fatwa perkasa Muslimah, termasuk jururawat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pemakaian tudung dengan seragam: Muis terbit fatwa perkasa Muslimah, termasuk jururawat

Oct 26, 2021 | 03:00 PM

JAWATANKUASA Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan fatwa pada Selasa (26 Oktober) bagi wanita Islam yang ingin memakai tudung dalam konteks pekerjaan berseragam.

Antara lain, fatwa itu bertujuan memperkasa jururawat dalam membuat keputusan untuk mengenakan tudung di tempat kerja.

Fatwa itu dikeluarkan menjelang perubahan kepada dasar seragam dalam sektor penjagaan kesihatan yang bakal dilaksanakan Kementerian Kesihatan (MOH) pada 1 November.

Perubahan itu bagi membolehkan jururawat wanita Islam untuk memakai tudung sebagai tambahan kepada seragam mereka jika mereka mahu.

Dalam satu kenyataan media mengenai fatwa itu, Muis berkata:

“Pemakaian tudung bukan satu hambatan bagi Muslimah untuk menyumbang secara aktif terhadap pembangunan negara, mahupun menjadi karyawan yang berdedikasi, dan (tudung juga) bukan simbol keagamaan yang memecah belah masyarakat atau melemahkan fabrik sosialnya.

“Dalam konteks kewajipan agama untuk memakai tudung bagi wanita Islam, fatwa itu akur bahawa terdapat faktor munasabah lain dan pertimbangan yang (lebih) penting, dan ini harus dipertimbangkan apabila memilih untuk membuat penyesuaian kepada cara mematuhi kewajipan agama di tempat kerja.

“Orang Islam digalakkan untuk berusaha sedaya mungkin untuk mengikuti ajaran Islam. Bagaimanapun, terdapat keadaan memberi keringanan, yang menghalang seseorang mematuhi ajaran dalam situasi tertentu.”

Bagi jururawat, faktor ini termasuk keselamatan peribadi dan pesakit, seperti keperluan mengurangkan risiko jangkitan dengan mematuhi dasar ‘bare below elbow’ atau tiada pakaian yang menutupi bawah siku (BBE).

Bagi perkhidmatan berseragam lain, keperluan meraih mata pencarian stabil untuk diri sendiri dan tanggungan, serta menyumbang kepada kesejahteraan, kestabilan dan kemakmuran negara, ialah pertimbangan munasabah bagi Muslimah untuk terus bekerja dalam perkhidmatan ini, kata Muis lagi.

Baca laporan mengenai penjelasan Mufti Dr Mohd Nazirudin Nasir tentang pendekatan jawatankuasa fatwa dalam memberi bimbingan kepada masyarakat, serta pengalaman asatizah yang menganggotai jawatankuasa fatwa.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3