Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Fica tidak sasar warga libat dalam politik tempatan secara bebas: Faishal

Oct 05, 2021 | 05:30 AM



RANG Undang-Undang Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas), atau Fica, tidak meliputi warga Singapura yang melibatkan diri secara bebas dalam wacana politik tempatan mahupun sebahagian besar interaksi bersama warga asing, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Beliau juga berkata rang itu tidak menambah kuasa hakiki undang-undang sedia ada, seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Kod Prosedur Jenayah, Akta Penyiaran dan Akta Telekomunikasi, dengan besar.



Malah, sebahagian besar Fica merupakan Akta Sumbangan Politik yang dipindahkan, kata beliau.



"Ia secara khususnya amat prihatin tentang kegiatan terselindung dan secara sulit bertujuan memanipulasikan politik tempatan kita, dan meremehkan kedaulatan politik kita, dan bukan kegiatan, transaksi, hubungan mahupun kritikan terbuka, telus dan bertanggungjawab.



"Terdapat juga beberapa langkah perlindungan, seperti kriteria jelas bagi sebarang kesalahan, had pemberikuasaan jelas bagi sebarang niat, dan wadah membuat rayuan," kata Dr Faishal semasa membuat bacaan kedua rang itu semalam.



Dr Faishal berkata rang itu menyediakan lebih banyak kawalan yang lebih tertumpu dan disesuaikan kepada kempen maklumat berniat jahat (HIC), yang lebih ketat daripada kuasa sedia ada, seperti yang terkandung dalam Akta Penyiaran dan Telekomunikasi.



HIC merujuk kepada penggunaan alat dalam talian dan taktik dalam cara berselaras untuk memperdaya atau menghasut pengguna dan memajukan kepentingan sebuah negara asing.



Di samping itu, rang itu mengambil alih keperluan bagi individu penting dari segi politik (PSP) yang terdapat dalam Akta Sumbangan Politik, dan memperkenal rangka kerja jawatan dan kuasa eksekutori lebih kukuh bagi menangani campur tangan menerusi PSP.



Rang akan memberi pemerintah pelbagai kuasa, termasuk mengarah penyedia khidmat Internet dan media sosial memberikan maklumat mengenai pengguna, memadamkan kandungan dalam talian dan menyekat akaun pengguna, demi mengatasi pelaku sedemikian.



Ini akan memperkukuh keupayaan Singapura mengatasi percubaan pihak asing mempengaruhi politik domestik dan mengapi-apikan ketegangan sosial.



Individu dan kumpulan terlibat secara langsung dalam proses politik Singapura juga akan ditetapkan sebagai PSP, yang akan dikenakan langkah-langkah mengurangkan risiko campur tangan asing.



Dr Faishal berkata pemerintah sentiasa mengambil pendirian tegas bahawa politik negara ini adalah sesuatu yang harus diputuskan rakyat Singapura, dan pelaku asing tidak boleh dibenarkan campur tangan.



"Rang ini memastikan kita dapat terus mengambil pendirian ini, dan warga Singapura dapat terus membuat pilihan mereka sendiri tentang bagaimana kita harus memerintah negara kita dan menjalani kehidupan kita," kata Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >