Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma didenda $3,600 dek import makanan secara haram

Oct 07, 2020 | 10:03 PM



SEBUAH syarikat pengimport makanan telah didenda $3,600 di mahkamah pada Rabu (7 Oktober) kerana mengimport buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan diproses secara haram untuk dijual.



Firma CCL Impex (S) Pte Ltd didapati telah mengimport makanan segar dan makanan diproses itu yang tidak diisytiharkan atau tidak diisytiharkan dengan sepenuhnya seberat hampir 900 kilogram. 



Dalam satu kenyataan, Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata pegawai mereka telah mengesan buah-buahan dan sayur-sayuran segar seberat 387.5 kilogram dan makanan diproses seberat 506.7 kilogram yang tidak diisytiharkan atau tidak diisytiharkan dengan sepenuhnya dalam konsainan dari Malaysia oleh pengimport itu.



Kesemua konsainan haram itu telah dirampas, kata SFA.



Menurutnya, makanan yang diimport ke sini perlu mematuhi syarat-syarat SFA.



"Makanan hanya boleh diimport oleh pengimport yang berlesen dan setiap konsainan harus diisytiharkan dan disokong dengan permit import yang sah.



"Sayur yang diimport secara haram merupakan makanan yang berasal dari sumber yang tidak diketahui dan boleh menyebabkan risiko keselamatan makanan misalnya, sekiranya terdapat penggunaan racun perosak yang berlebihan atau tidak terkawal," kata SFA.



Agensi itu berkata jika racun perosak dimakan dalam jangka lama menerusi pemakanan sayur-sayuran yang terdedah kepada penyalahgunaan racun, ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang teruk.



Pesalah yang mengimport buah dan sayur segar secara haram yang disabit kesalahan boleh didenda sehingga $10,000 atau dipenjara selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau kededuanya.



Bagi mereka yang mengimport makanan diproses secara haram pula, mereka boleh didenda sehingga $1,000 dan jika mereka mengulangi kesalahan tersebut, boleh didenda sehingga $2,000.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >