SYARIKAT baru teknologi kewangan (fintech) setempat, Turnkey Lender, yang membangunkan sofwe awan bijak bagi automasi peminjaman, telah mengumpul modal sebanyak AS$2 juta ($2.75 juta) daripada Vertex Ventures, unit penyedia modal Temasek Holdings.
Turnkey Lender akan menggunakan pelaburan itu untuk membiayai projek di serata rantau ini, membangunkan produk dan meluaskan pasukannya, kata laporan The Straits Times, semalam.