Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Firma hantar makanan siap penuhi permintaan lebih tinggi sewaktu Ramadan

Turut tawar insentif tambahan bagi pekerja penghantaran sepanjang tempoh sibuk ini
Mar 26, 2023 | 05:30 AM



DENGAN ketibaan Ramadan, syarikat penghantaran makanan dalam talian di sini sudahpun membuat pelbagai persiapan bagi mengatasi peningkatan pesanan makanan, terutama ketika berdekatan waktu berbuka.



Dalam pada masa yang sama, syarikat-syarikat ini juga akan menawarkan insentif tambahan kepada rakan kongsi penghantaran mereka.



Ini termasuk menawarkan mereka bayaran penghantaran yang lebih tinggi untuk menggalakkan lebih ramai pekerja penghantaran makanan mengambil syif semasa waktu sibuk.



Menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM), foodpanda berkata seperti beberapa tahun kebelakangan ini, mereka menjangkakan lonjakan dalam tempahan makanan sepanjang tempoh Ramadan ini.



"Biasanya kami akan lihat peningkatan sewaktu musim perayaan dan pada masa tertentu termasuk dalam tempoh Ramadan. Ini selaras dengan apa yang kami perhatikan sejak beberapa tahun yang lalu.



"Sejak pandemik, kami telah melihat bilangan pelanggan yang konsisten menggunakan foodpanda.



"Selepas bergantung kepada khidmat penghantaran makanan dan barangan runcit semasa tempoh pandemik, pelanggan kini telah terbiasa dengan kemudahan khidmat penghantaran sebegini," kata jurucakapnya.



Jelas tempoh pandemik telah mengubah cara pengguna membuat pilihan, dengan khidmat penghantaran makanan kini menjadi sesuatu yang sangat diperlukan dalam kehidupan harian rakyat Singapura, tambah jurucakap Deliveroo.



Bahkan trend ini masih berkekalan pascapandemik, dengan lebih ramai pelanggan, restoran serta rakan kongsi runcit kini menggunakan platform tempahan makanan.



"Menurut hasil tinjauan pengguna kami baru-baru ini, 60 peratus rakyat Singapura mengatakan mereka menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan sekarang dengan lebih kerap berbanding ketika tempoh prapandemik.



"Majoriti besar (70 peratus) menjangkakan mereka akan menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan sekurang-kurangnya sekali seminggu," kongsi jurucakap Deliveroo.



Dalam menangani permintaan penghantaran yang tinggi, Deliveroo menggunakan analisis data bagi mengimbangi bekalan dan permintaan.



Ini bagi memastikan mereka mempunyai bilangan pekerja penghantaran makanan yang mencukupi pada satu-satu masa, kata jurucakapnya.



"Kami juga memantau dengan teliti angka pekerja penghantaran kami untuk mengelak kekurangan bekalan penunggang dan melindungi pendapatan mereka, selain memberikan panduan terperinci kepada mereka mengenai masa dan tempat-tempat yang memerlukan khidmat pekerja penghantaran makanan," tambah jurucakap itu.



Syarikat penghantaran makanan yang dihubungi BM berkata mereka juga menyediakan insentif tambahan kepada para pekerja penghantaran mereka seperti menawarkan bayaran pesanan yang lebih tinggi untuk penghantaran yang diberikan kepada mereka.



"Kami juga akan mempunyai inisiatif untuk menyokong mereka semasa mereka berpuasa seperti membolehkan mereka mengambil makanan percuma daripada restoran terpilih.



"Inisiatif ini serupa dengan yang telah kami lakukan untuk rakan kongsi penghantaran kami pada tahun-tahun lalu," kata jurucakap foodpanda itu.



Sepanjang bulan puasa ini, foodpanda akan mengedarkan makanan ringan dan minuman setiap hari kepada penunggang foodpanda di lima cawangan pandamarts dari 6.30 petang hingga 8 malam. Mereka juga boleh mendapatkan pek Milo dari 6 petang hingga 8 malam di mana-mana cawangan Mcdonald's di seluruh Singapura. Pekerja penghantaran foodpanda hanya perlu berpakaian seragam untuk mendapatkan makanan dan minuman ini.



Dalam menunjukkan penghargaan kepada rakan kongsi penghantaran mereka, Deliveroo juga memberikan insentif serupa seperti menyediakan kurma dan air yang tersedia di lokasi Deliveroo Editions untuk penunggang yang ingin berbuka puasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >