Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma pemeriksaan dalam air didenda $115,500 akibat bahayakan nyawa penyelam: MOM

Aug 10, 2023 | 04:58 PM



SEBUAH syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemeriksaan dalam air dan kerja-kerja menyelam di luar pesisir diberi perintah berhenti kerja (SWO) pada 2018 akibat kesilapan keselamatan, tetapi ia masih mengarahkan penyelamnya untuk melaksanakan operasi.

Syarikat perkhidmatan dalam air, Joint Pacific Ocean (JPO), didenda $115,500 pada Julai 2023 selepas disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja (WSH).

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan pada Khamis , JPO telah membahayakan nyawa penyelamnya, menurut laporan akhbar The Straits Times.

SWO telah dilaksanakan selepas pihak kementerian menjalankan pemeriksaan ke atas bot selam yang dipanggil JPO Challenger dan mendapati pelbagai kesilapan keselamatan.

Ini termasuk kekurangan peralatan selam komersil, latihan selam komersil dan pelan selam.

JPO kemudian diberikan SWO pada 21 Oktober 2018.

MOM kata pada Khamis: “Di bawah Akta WSH, majikan mesti mematuhi SWO yang dikeluarkan Pesuruhjaya Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja.

Ini bermakna kegiatan tempat kerja tidak boleh dijalankan sehingga langkah-langkah keselamatan SWO mendapat kelulusan Pesuruhjaya.”

MOM menjalankan pemeriksaan susulan pada 25 April 2019 dan mendapati JPO telah melanggar perintah tersebut.

Antara lain, penyelamnya telah diarah melakukan kerja-kerja menyelam komersil seperti memeriksa kapal di bawah permukaan air serta menggilap kipas kapal dan membersihkan kapal di bawah permukaan air.

MOM berupaya membongkar 33 laporan perkhidmatan yang mengandungi butiran kerja-kerja yang dijalankan.

Walaupun SWO masih berkuat kuasa pada waktu itu, JPO telah membuat 155 permohonan permit kepada Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) untuk menjalankan operasi menyelam komersil.

MOM tidak mendedahkan jika MPA memberi permit kepada syarikat itu.

Jika disabit kesalahan melanggar undang-undang di bawah Akta MSF, seseorang pesalah boleh didenda sehingga $500,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >