Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma urus acara akan pertingkat langkah keselamatan susulan serangan ke atas pelakon M'sia

Mar 15, 2023 | 05:30 AM



SYARIKAT pengurusan acara dan artis akan mengkaji semula langkah pengurusan keselamatan mereka menyusuli serangan ke atas pelakon Malaysia, Kamal Adli, di Singapore Expo pada Ahad lalu.



Penganjur acara, MegaXpress International Pte Ltd, akan mengawal selia kegiatan mengambil gambar atau swafoto bersama selebriti dan melaksanakan sekatan tertentu dalam sesi bersama selebriti pada masa hadapan.



Ketika dihubungi pada Isnin, pengurus projek kanan MegaXpress, Encik Mohammad Fadzlin Mohd Yusof, berkata: "Pada masa ini, selebriti dibenarkan bergaul bebas dengan orang ramai dan peminat.



"Ramai selebriti juga berbuat demikian dengan rela hati kerana mereka merasakan bahawa Singapura selamat dan mereka sendiri mahu membina hubungan yang lebih 'dekat dan peribadi' (bersama peminat).



"Menyusuli kejadian yang malang ini, kami akan semak semula langkah-langkah pengurusan selamat semasa mengambil gambar atau swafoto bersama selebriti kegemaran peminat dan melaksanakan sekatan peraturan sewajarnya."



Mengulas lanjut mengenai insiden itu, Encik Fadzlin berkata ia kes terpencil sepanjang 22 tahun pihaknya menganjurkan acara dan pameran kerana tiada sekali pun kejadian seperti itu berlaku dalam acara mereka.



"Kami meminta orang ramai untuk terus menyokong selebriti dan pempamer, dan agar sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga terhadap sikap yang mencurigakan, tindakan pelik, atau mereka yang dilihat memegang senjata," kata Encik Fadzlin, sambil menambah mereka masih bekerjasama dengan polis dalam siasatan.



Beberapa penganjur lain berkata kejadian itu satu peringatan kepada mereka agar lebih berwaspada.



Menurut pengarah repertoir dan artis bagi Impact Music & Entertainment, Encik Zell Sazalie, beliau akur seringkali untuk acara berskala besar, artis juga akan membawa pengawal keselamatan masing-masing.



"Namun, oleh kerana artis sekarang datang untuk membuat perniagaan, mereka juga bersikap lebih ramah dan tidak membawa pengawal keselamatan atau kumpulan perhubungan awam mereka tersendiri.



"Memandang ke depan, saya rasa mungkin penganjur dan juga pihak pengurus artis harus lebih berwaspada dan berjaga-jaga. Ketatkan langkah keselamatan. Jika perlu, kami mungkin boleh mengupah sehingga 10 pegawai keselamatan untuk melindungi personaliti terkenal seperti Kamal," ujar Encik Zell.



Beliau menambah bahawa perlindungan sedemikian penting kerana niat sebenar pengunjung di acara sebegitu tidak diketahui.



Pengasas syarikat pengurus artis Z.H. Creatives Management, Encik Halil Nasil juga bersetuju tahap keselamatan harus dipertingkatkan.



"Acara berskala besar sedemikian harus mengupah lebih ramai pengawal keselamatan untuk melaksanakan rondaan tetap.



"Ini satu kejadian terpencil. Namun, keselamatan orang ramai dan juga selebriti tidak boleh dikompromi.



"Kami juga harap untuk mendapatkan kerjasama kakitangan selebriti untuk membantu dalam keselamatan dengan bersikap proaktif dan lebih berhati-hati terhadap watak yang mencurigakan," kata Encik Halil.



Encil Zell menambah: "Kejadian ini satu pengajaran untuk kami lebih peka dalam menangani isu keselamatan. Dalam pada itu, kami akan bekerja rapat dengan pihak penganjur dan supaya lebih berwaspada."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >