Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Firma yang terima kontrak tender pemerintah perlu ada akreditasi 'Tanda Gaji Progresif'

Jan 19, 2023 | 05:30 AM



SYARIKAT yang mendapat kontrak di bawah tender pemerintah baru mulai 1 Mac ini akan perlu mempunyai akreditasi Tanda Gaji Progresif - sebuah skim yang mengiktiraf syarikat yang membayar gaji progresif kepada pekerja bergaji rendah - sepanjang tempoh kontrak mereka.



Syarat itu akan dilanjutkan bagi pemerolehan yang dilakukan menerusi tawaran harga mulai 1 Mac tahun depan.



Tanda Gaji Progresif itu dilancarkan Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, semasa satu lawatan ke Uniqlo di pusat beli-belah Orchard Central semalam.



Syarikat yang mendapat akreditasi itu boleh memaparkan logo Tanda Gaji Progresif di kedai atau laman mereka, yang membolehkan pengguna dan pembeli perkhidmatan mengenal pasti dan menyokong syarikat yang membayar gaji progresif kepada pekerja bergaji rendah mereka.



Skim itu merupakan antara saranan yang dikemukakan Kumpulan Kerja Tiga Pihak bagi Pekerja Bergaji Rendah pada Ogos 2021, dan ditadbirkan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) bagi pihak pemerintah, Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef).



Encik Zaqy berkata skim itu diharapkan dapat mempertingkat pekerja bergaji rendah dan memberi keyakinan kepada pengguna dan pembeli bahawa syarikat membayar gaji progresif kepada golongan pekerja itu.



"Ini adalah sebahagian daripada kompak sosial yang kami harap dapat dilaksanakan dalam tahun-tahun mendatang dan bagi kita mempunyai peranan dalam pembangunan dan kebajikan pekerja bergaji rendah dalam kalangan kita," kata beliau.



Sebuah syarikat yang mematuhi Model Gaji Progresif (PWM) bagi semua pekerja yang layak dan membayar baki pekerja setempatnya Kelayakan Gaji Setempat (LQS) sebanyak $1,400 sebulan bagi pekerja sepenuh masa dan $9 sejam bagi pekerja sambilan layak bagi Tanda Gaji Progresif itu.



Encik Zaqy berharap syarikat akan mengambil satu langkah lanjut, iaitu dengan mengamalkan Piawaian Tiga Pihak bagi Mempertingkatkan Kesejahteraan Pekerja Bergaji Rendah supaya mendapat akreditasi Tanda Gaji Progresif Tambahan.



"Kami berharap lebih ramai majikan akan sertai usaha ini, di mana mereka bukan sekadar membayar gaji progresif, malah turut menyediakan persekitaran kerja lebih baik untuk pekerja mereka, termasuk latihan, prospek kerjaya, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang lebih baik, seperti menyediakan tempat berehat untuk pekerja," kata beliau.



Sejak permohonan dibuka bulan lalu, sekitar 1,900 syarikat telah diberi akreditasi Tanda Gaji Progresif itu.



Sekitar 76,000 syarikat, yang membentuk 52 peratus daripada kesemua firma, layak bagi tanda tersebut.



Dek waktu singkat dari sekarang hingga 1 Mac ini, Encik Zaqy berkata fleksibiliti akan dilaksanakan, dengan syarikat yang ingin mendapatkan kontrak kerja pemerintah perlu memohon bagi akreditasi itu dahulu, dan mempunyai tanda itu pada masa mereka dianugerahkan kontrak.



Beliau turut melahirkan rasa senang melihat sokongan warga Singapura yang mahu mempertingkat golongan pekerja bergaji rendah, meskipun di tengah-tengah keadaan inflasi dan kos sara hidup yang mencabar sekarang.



Menurut tinjauan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) bulan lalu, sekitar tujuh daripada 10 warga Singapura menyatakan mereka berkemungkinan membeli barangan dan perkhidmatan daripada syarikat yang mempunyai Tanda Gaji Progresif berbanding syarikat yang tidak mempunyai akreditasi itu.



Seperti tanda lain, misalnya tanda mesra alam, Encik Zaqy berkata Tanda Gaji Progresif dan Tanda Gaji Progresif Tambahan itu akan membolehkan pengguna menunjukkan sokongan mereka dalam usaha mempertingkat golongan pekerja bergaji rendah.



"Kami berharap ini akan membantu memulakan gerakan dalam kalangan pengguna bahawa kita boleh bergerak ke arah masyarakat dan kompak sosial berbeza, yang bukan hanya didorong oleh pemerintah dan rakan, malah pengguna dan pembeli perkhidmatan juga," kata beliau.




SKIM AKREDITASI



TANDA GAJI PROGRESIF



  • Semua majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang pekerja setempat yang dibayar gaji progresif sektor atau pekerjaan layak mohon bagi Tanda Gaji Progresif.

  • Untuk terima akreditasi, majikan mesti bayar pekerja relevan gaji progresif, dan bayar semua pekerja setempat lain sekurang-kurangnya Kelayakan Gaji Setempat (LQS).

TANDA GAJI PROGRESIF TAMBAHAN



  • Majikan yang ambil satu langkah lanjut dalam amalkan Piawaian Tiga Pihak bagi Mempertingkatkan Kesejahteraan Pekerja Bergaji Rendah akan diberi akreditasi Tanda Gaji Progresif Tambahan.

  • Piawaian tiga pihak itu ketengahkan amalan progresif yang sediakan sokongan lebih baik untuk pekerja bergaji rendah dalam keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, latihan dan pembangunan kerjaya, dan peruntukan bagi tempat berehat.

Permohonan bagi Tanda Gaji Progresif boleh dibuat di laman https://www.gobusiness.gov.sg/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >