Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rapat Hari Pekerja

Flat BTO terus dimampui, harga berubah selaras pendapatan isi rumah, kata DPM Wong

May 01, 2023 | 11:23 AM



Harga flat bina ikut tempahan (BTO) terus dimampui dan perubahan harga telah berlaku selaras dengan perubahan pendapatan warga, kata Timbalan Perdana Menteri (DPM), Encik Lawrence Wong.



Encik Wong berkata kadah ketermampuan flat BTO tidak seharusnya dilihat menerusi harganya sahaja dan perlu mengambil kira keterhubungannya dengan pendapatan, serta bahagian pendapatan yang diperlukan untuk membayar pinjaman perumahan.



Bercakap dalam ucapannya di Rapat Hari Pekerja pada 1 Mei, Encik Wong berkata isi rumah di sini biasanya menggunakan kurang 25 peratus pendapatan untuk membayar pinjaman perumahan, serupa dengan keadaan pada 1980.



Pada 1980, harga flat BTO empat bilik di bandar baru sekitar $40,000 dan pendapatan isi rumah median sekitar $900.



Buat masa ini, harga flat serupa di estet belum matang seperti Bukit Batok berharga $350,000.



Harganya telah meningkat hampir 10 ganda sejak 1980, kata Encik Wong, yang  juga Menteri Kewangan.



“Namun pendapatan isi rumah median telah meningkat 10 ganda juga, dari $900 kepada $9,000 pada hari ini. Justeru, harga flat BTO telah berubah selaras dengan pendapatan,” kata Encik Wong.



Menambah, beliau berkata perbandingan ini tidak mengambil kira geran perumahan sehingga $80,000 bagi pembeli kali pertama.



“Jika anda membuat perbandingan, perbandingan yang adil, flat BTO kekal dimampui,” kata Encik Wong.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >