SEBUAH flat di Tampines terbakar petang tadi dan penduduk lari menyelamatkan diri sebelum Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba untuk memadamkan api.
Foto yang dihantar pembaca The Straits Times menunjukkan asap naik dari sebuah flat, dengan berpuluh-puluh orang berkumpul di tingkat bawah.
SCDF memberitahu The Straits Times bahawa ia menerima panggilan mengenai kebakaran di Blok 867A, Tampines Street 83, pada pukul 5.28 petang.
Kebakaran yang melibatkan barang-barang dalam sebuah bilik tidur, dipadamkan oleh pegawai SCDF dengan jet air.
Penghuni flat itu sendiri telah dipindahkan sebelum pegawai SCDF tiba, dan tiada kecederaan dilaporkan.