Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PERTINGKAT KEMAHIRAN TENAGA KERJA SINGAPURA

Pembiayaan SkillsFuture tumpu kursus relevan dengan industri

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



PEKERJA di sini tidak akan lagi menerima subsidi bagi kebanyakan kursus tanpa sijil daripada SkillsFuture Singapore (SSG) mulai 2024.



Kredit SkillsFuture juga tidak boleh lagi digunakan bagi kursus tersebut yang sehingga kini merangkumi sekitar 7 peratus kursus yang dibiayai pergerakan nasional bagi meningkatkan kemahiran pekerja itu, kata SSG semalam.



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing menjelaskan perubahan itu dilakukan bagi memastikan latihan meningkatkan kemahiran pekerja di sini diperbaharui untuk mencapai matlamat tertentu seperti menempatkan pekerja dengan pekerjaan yang tersedia, mendalami kemahiran dan mengembangkan kerjaya pekerja.



Ia juga berharap dapat disesuaikan bagi usaha transformasi pekerjaan dan perniagaan bagi pihak perusahaan, katanya lagi.



Encik Chan, menyatakan demikian dalam ucapannya semasa Forum SkillsFuture 2022 semalam, sebuah acara pembukaan Pesta SkillsFuture yang berlangsung hingga 14 Ogos ini. Acara itu diadakan di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI).



Sebelum ini, beliau telah mengongsi peta laluan bagi sektor pendidikan dewasa Singapura yang menetapkan matlamat melatih semula sekurang-kurangnya setengah juta pekerja dewasa setiap tahun.



Ia pertama kali ditetapkan semasa Forum Pendidikan The Straits Time Februari lalu.



Encik Chan menyatakan terdapat empat cabaran utama yang perlu ditangani bagi Singapura mempertingkat kemahiran tenaga manusianya secara meluas.



Pertama, Singapura perlu mengatasi cabaran maklumat untuk membangunkan minat melatih dan mempertingkat semula latihan dalam kalangan pekerja dewasa.



Beliau akur bahawa pekerja dewasa di sini mempunyai tanggungjawab daripada pekerjaan mereka kepada tanggungjawab kewangan, kekeluargaan dan sosial.



Oleh itu, usaha memberi nasihat secara peribadi telah disediakan dan terdapat rancangan lain untuk memperbaiki cara mereka mendekati pekerja, untuk menggunakan ekosistem latihan.



Namun kaedah berkenaan sendiri tidak cukup, kata Encik Chan.



Sebab itu, tambah Encik Chan, ia melakarkan tiga strategi bagi menggalak kaum pekerja dewasa pelajari kemahiran baru - satu usaha menyeluruh masyarakat dan bukan bergantung kepada pemerintah sahaja.



Ia adalah menyampaikan maklumat berkenaan permintaan syarikat terhadap kemahiran masa depan, mengenal pasti permintaan itu dalam pelbagai sektor dan mengaktifkan bekalan kemahiran itu menerusi latihan bermutu.



Bagi strategi pertama, majikan sendiri mungkin tidak berupaya mengenal pasti sama ada terdapatnya permintaan kemahiran baru.



Oleh itu, Encik Chan berkata: "Inilah di mana pemerintah, SSG, persatuan perdagangan dan dewan perniagaan (TAC) dan persatuan perlu bekerjasama dan menerajui usaha itu."



Salah satu contoh adalah Laporan Permintaan Kemahiran bagi Ekonomi Masa Depan yang diterbitkan Disember lalu yang merujuk kepada trend kemahiran pekerjaan sedunia, serantau serta tempatan daripada tiga sektor penting bagi pembangunan Singapura; iaitu sektor hijau, penjagaan dan ekonomi digital.



Maklumat itu kemudian disampaikan kepada majikan dan pihak pengurusan Sumber Manusia perlu membuat tindakan lanjut seperti menerapkan proses menggajikan pekerja baru menyusuli permintaan kemahiran baru tersebut.



Namun maklumat kemahiran baru itu perlu dikumpul dan disemak bagi mengenal pasti apa kemahiran yang penting bagi pekerja dalam sektor-sektor tertentu. Ini boleh dilakukan menerusi pihak perantara seperti TAC.



Encik Chan mengumumkan, SSG telah memperkenalkan rangka kerja Rakan Pembangunan Kemahiran untuk menyokongi pihak perantara berbuat demikian.



Salah satu contoh adalah kerjasama antara Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dengan SGTECH dan Persatuan Komputer Singapura dalam Sektor Teknologi Perhubungan dan Komunikasi.



Ketiga, dengan sokongan daripada badan perantara itu, Encik Chan berkata Singapura akan meningkatkan kepantasan responsnya terhadap pasaran semasa bagi mempercepatkan pergerakan SkillsFuture.



Hanya selepas permintaan kemahiran masa depan telah disampaikan dan dikumpul dan disemak kepada pekerja di sini, bolehlah Singapura mengaktifkan bekalan kemahiran tersebut secara optimum.



Ia boleh dilakukan menerusi usaha meningkatkan mutu pembelajaran bagi orang dewasa menerusi penyedia latihan dan pendidikan bagi orang dewasa dan institut pengajian tinggi yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran terhadap amalan terbaik dalam bidang pendidikan bagi orang dewasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >