Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KAWASAN KESIHATAN@QUEENSTOWN

Fokus pada penduduk, penjaga untuk sepadu khidmat kesihatan bagi warga emas

msf
Oct 23, 2021 | 05:30 AM



UNTUK menyepadukan pelbagai khidmat kesihatan bagi warga emas di Kawasan Kesihatan@Queenstown, ia memerlukan usaha rekaan yang tertumpu kepada penduduk dan penjaga mereka.



Bagi memastikan keperluan warga emas dipenuhi, kededua agensi pemerintah dan badan kebajikan sukarela (VWO) telah bekerja rapat untuk menghasilkan khidmat dan program dan usaha sedang diteliti untuk meluaskannya, kata Pengerusi bersama Jawatankuasa Pemandu Kawasan Kesihatan, Profesor John Eu-Li Wong.



Profesor Wong, yang juga penasihat kanan Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dan Naib Presiden Kanan (Inovasi Kesihatan dan Penterjemahan) Universiti Nasional Singapura (NUS), menjelaskan:



"Adalah penting untuk kami mereka khidmat dan program kesihatan kami yang tertumpu kepada penduduk dan penjaga mereka.



"Setelah kami memahami keperluan mereka, kami kemudian akan mengenal pasti siapa dalam sektor privet, awam dan sosial yang boleh memenuhi keperluan itu dengan cara yang mapan dan boleh diperluaskan sebab kami sedang meneliti usaha untuk seluruh Singapura.



"Jadi apa sahaja saranan yang kami bangunkan, ia perlu boleh diluaskan ke seluruh negara dan harus mapan dari segi kewangan dan sumber manusia.



"Jika mempunyai sesuatu yang terlalu bergantung kepada buruh, ia mungkin sukar untuk dikekalkan.



Menurut Profesor Wong, bagi memenuhi keperluan warga emas yang mempunyai keperluan khusus, agensi pemerintah dan VWO sudahpun berusaha dengan aktif.



Ini termasuk seperti Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Kementerian Kesihatan (MOH), Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) dan NUHS manakala terdapat kerjasama dengan pusat kegiatan masyarakat dan kegiatan warga emas.



Struktur yang menggabungkan sektor awam dan VWO ini juga dicerminkan dalam kerjasama pertubuhan seperti RSVP dan Yayasan Tsao, yang sedang menggerakkan usaha khidmat berpusat kepada keperluan penduduk lebih berusia.



"Banyak usaha-usaha yang baik dan menyentuh hati yang sedang bergerak sekarang.



"Tetapi apa yang kami mahu cuba lakukan sekarang ialah untuk melihat bagaimana kita dapat meluaskan usaha ini... dan belajar daripada amalan terbaik dengan secepat mungkin... agar kita dapat melaksanakan (usaha-usaha) ini di merata Singapura," jelas beliau.



Pada akhirnya, Profesor Wong berkata, diharapkan semua usaha itu akan mencapai matlamat penuaan dengan sihat dalam kalangan warga Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >