Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fort Siloso penting dalam sejarah perang di S'pura

Jan 19, 2022 | 05:30 AM



FORT Siloso adalah kubu abad ke-19 paling terpelihara di Singapura dan ia berfungsi sebagai tapak penting bagi menandakan tahun-tahun peperangan di negara ini.



Kubu itu telah menjadi tarikan pelancong sejak 1975 bagi mengingati detik-detik penting sejarah peperangan di sini.



Peri penting sejarah itu jugalah yang membuat kubu tersebut dicadangkan Lembaga Warisan Kebangsaan (NHB) supaya dijadikan monumen negara dan seterusnya diwartakan.



Kubu itu telah dibina pada tahun 1878, dan merupakan sebahagian daripada satu set kubu pantai strategik yang dibangunkan ketika Singapura menjadi pelabuhan perdagangan yang semakin penting pada akhir abad ke-19.



Meskipun direka bentuk untuk melindungi Singapura daripada serangan dari arah laut, persenjataannya terbukti berlebihan apabila tentera Jepun memasuki Singapura dari utara pada Februari 1942.



Namun, meriamnya melepaskan tembakan ke arah tentera Jepun di daerah barat Singapura semasa Perang Dunia Kedua itu.



Ia juga memusnahkan kilang penapisan minyak di Pulau Bukom dan Pulau Sebarok yang berhampiran untuk menghalang tentera Jepun menggunakannya sebagai sumber, kata NHB di lelaman web Roots.sg.



Warta monumen negara adalah bentuk pengiktirafan tertinggi bagi struktur atau kepentingan tapak.



Ia memberinya perlindungan undang-undang daripada perubahan yang boleh menjejas watak dan kepentingannya.



Selain kepentingan negara, monumen juga harus mempunyai kepentingan sejarah, budaya, tradisional, arkeologi, seni bina, kesenian atau simbolik.



Pada Ogos 2019, Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, mengumumkan bahawa Padang akan diwartakan sebagai monumen.



Akta Pemeliharaan Monumen diubah suai November lalu untuk membolehkan tapak seperti Padang diwartakan, walaupun ia belum berlaku.



Turut dalam senarai monumen Singapura ialah tempat ibadat seperti Masjid Sultan dan Gereja St Andrew serta bangunan pascakemerdekaan seperti Dewan Perbandaran Jurong.



Di samping itu, lebih 7,200 bangunan telah dipulihara di seluruh Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >