Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Forward S'pore' turut bertujuan lindungi warga dari dunia tak menentu

Nov 07, 2022 | 05:30 AM



TIMBALAN Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, semalam menggariskan tiga harapannya untuk perlaksanaan inisiatif Forward Singapore, termasuk mengukuhkan jaminan dan perlindungan untuk rakyat Singapura dalam dunia yang tidak menentu.



Encik Wong, yang dinamakan ketua pasukan generasi keempat atau 4G pada April lalu, berucap kepada lebih 3,000 ahli parti di persidangan dwitahunan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diadakan di Resorts World Sentosa.



Beliau juga merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat PAP, setelah terpilih menyertai badan pembuat keputusan tertinggi itu buat kali pertama pada 2020.



Bersama pasukan 4G, Encik Wong mengetuai inisiatif Forward Singapore atau Melakar Hala Tuju Singapura, yang bertujuan untuk menetapkan pelan hala tuju untuk dekad yang akan datang dan seterusnya.



Dalam ucapan beliau semalam, Encik Wong berkata bahawa beliau ingin membantu rakyat Singapura daripada semua latar belakang untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya dan berkongsi sama kejayaan negara ini.



"PAP sentiasa berusaha untuk mencapai matlamat ini dengan membina sistem pendidikan yang baik serta memberi semua orang taruhan melalui perumahan awam," ujar beliau.



Encik Wong menambah bahawa masih terdapat skop yang lebih luas bagi parti itu untuk melakukan lebih banyak lagi seperti memastikan kanak-kanak yang kurang bernasib baik mempunyai permulaan yang lebih baik dalam kehidupan.



"Kami harus meluaskan konsep merit kami dengan mengiktiraf dan membangunkan bakat merentasi pelbagai bidang, dan membantu semua orang maju di pelbagai peringkat dalam kehidupan mereka," tambah beliau.



Selain itu, beliau melahirkan harapan mengukuhkan jaminan dan perlindungan bagi rakyat Singapura dalam dunia yang lebih tidak menentu.



"Ini bermakna dasar kita akan terus memihak kepada mereka yang kurang bernasib baik dan mudah terjejas.



"Kami ingin meningkatkan usaha bagi mempertingkatkan keluarga berpendapatan rendah, dan untuk membantu warga emas dengan keperluan penjagaan kesihatan dan persaraan mereka, terutamanya mereka yang berpendapatan rendah atau kurang stabil ketika mereka bekerja," kata beliau.



Harapan ketiga Encik Wong adalah untuk menyaksikan semangat perpaduan dan tanggungjawab yang lebih kukuh dalam masyarakat.



"Ia bukan hanya mengenai pihak pemerintah melakukan lebih banyak lagi.



"Ia juga tentang perpaduan kita, setiap orang memainkan peranan mereka untuk mencapai matlamat bersama, kerana itulah cara kita mengukuhkan etos kita bagi sokongan kolektif serta membina demokrasi kita," ujar beliau.



Beliau akur bahawa harapan dan cita-cita yang beliau sebutkan itu telah tertanam dalam akar dan DNA PAP.



Beliau turut menyatakan bahawa parti itu mencapai matlamat itu dengan kerjasama orang lain, dengan perkongsian yang paling penting bersama Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).



Encik Wong menyatakan bahawa beliau mendapatkan sokongan berterusan daripada mereka untuk mengambil bahagian secara aktif dalam proses Melakar Hala Tuju Singapura dan menggalakkan orang ramai untuk mengambil minat yang mendalam dalam inisiatif itu.



"Sama ada atau tidak kita melakukannya dengan betul akan membawa perbezaan... ini kerana ia bukan sahaja akan menentukan hasil dasar tetapi juga mentakrifkan kompak masyarakat kita," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >