Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FSC berperanan penting perkasa keluarga: Masagos

Ahli keluarga dibantu pusat khidmat keluarga tunjuk keazaman capai kestabilan, berdikari dan mobiliti sosial
May 20, 2023 | 05:30 AM



PUSAT Khidmat Keluarga (FSC) berperanan penting dalam memupuk keluarga yang kuat, individu yang berdaya tahan dan masyarakat penyayang, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



Ketika turun padang dan bertemu keluarga yang dibantu, Encik Masagos berkata ahli keluarga menunjukkan iltizam untuk mencapai kestabilan, berdikari dan mobiliti sosial.



"Saya ingin iktiraf kakitangan FSC kami yang merupakan rakan kongsi perkhidmatan sosial utama dalam masyarakat.



"FSC di sini telah berusaha mendekati individu yang rentan, menawarkan sokongan emosi dan juga kepakaran kerja kes profesional untuk membantu keluarga-keluarga ini," katanya.



Beliau berkata demikian semasa pelancaran We Are FSC di Our Tampines Hub (OTH), satu daya usaha asas yang bertujuan mengumpulkan 48 FSC dan meraikan, berusaha dan mewujudkan masyarakat FSC yang lebih kukuh pada masa akan datang.



Turut hadir dalam majlis itu ialah Monfort Care, Care Corner Singapore, Khidmat Masyarakat Fei Yue, Khidmat Masyarakat Kampong Kapor, Khidmat Masyarakat AMKFSC, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dan Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda).



Mengalu-alukan kerjasama FSC di sini, Encik Masagos berharap untuk terus menggalakkan badan-badan ini menjalin kerjasama, mengukuhkan amalan dan juga menjadi lebih penyayang antara satu sama lain.



Tambah Encik Masagos, sebagai satu sektor, lebih banyak yang boleh dihasilkan sekiranya mereka bekerjasama.



"Kerjasama harus diutamakan. Ia membantu kami menangani keperluan masyarakat secara holistik, dan yang lebih penting, mengekalkan impak.



"Dalam setiap masyarakat di mana kami beroperasi, saya percaya ia adalah perkongsian rapat - merentas FSC, SSO (Pejabat Perkhidmatan Sosial), agensi pemerintah dan rakan kongsi masyarakat, yang akan membolehkan kami menyokong keluarga dengan lebih baik, dan menangani isu secara menyeluruh," jelasnya.



Ketika masyarakat kita berubah, Encik Masagos turut berkata sektor itu harus menyesuaikan diri dan terus memperbaiki amalan dan khidmat yang ditawarkan.



Demikian kini dilakukan dalam sektor FSC melalui Rangkaian Pembangunan FSC yang bertujuan untuk menyokong semua FSC, dalam pengukuhan keupayaan pembangunan organisasi.



Encik Masagos turut menjelaskan bahawa pemerintah akan terus membangunkan inisiatif baru untuk menyokong tahap profesional perkhidmatan sosial dengan lebih baik.



Ini termasuk Skim Menjaga Profesional Perkhidmatan Sosial yang menawarkan subsidi pembiayaan, untuk membantu SSA mendapatkan perkhidmatan kaunseling profesional untuk kakitangan.



Profesional juga boleh berehat dan mengecas semula melalui Skim Cuti Sabatikal, yang menawarkan cuti berbayar sehingga 10 minggu.



"Saya berharap bahawa inisiatif ini, akan bolehkan anda meluangkan masa untuk menjaga diri anda.



"Kerja yang anda lakukan adalah maraton dan bukan larian yang pendek, tetapi yakinlah, terdapat banyak sokongan sepanjang perjalanan," ujarnya.



Cik Suhaili Saad, Penolong Pekerja Sosial Kanan, Pusat Khidmat Keluarga PPIS (Timur) berkata, acara ini bukan hanya memberi peluang bagi mereka bertemu bersama profesional lain tetapi juga mengiktiraf perjalanan yang mereka lalui sebagai satu sektor.



"Kami terpaksa menyesuaikan diri dengan cepat dengan perubahan landskap.



"Sebagai pekerja sosial PPIS FSC, kami berterima kasih atas sokongan berterusan yang diberi oleh organisasi kepada kami, yang membolehkan kami terus sediakan penjagaan dan perkhidmatan kepada pelanggan kami dan diri kami sendiri," kata Cik Suhaili.



"Ia juga sebagai peringatan bahawa kita tidak bersendirian dan kita lebih kuat bersama," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >