GAJI untuk guru prasekolah telah bertambah baik sejauh ini walaupun sektor pendidikan awal kanak-kanak masih meningkatkan peluang latihan untuk mereka.
NTUC First Campus, pengendali prasekolah kedua terbesar di sini yang menggajikan lebih 3,500 guru, berkata gaji rata-rata bagi guru-guru mereka yang mempunyai diploma telah meningkat lebih daripada 60 peratus dalam sedekad.