Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Gaji kakitangan MOE disemak bagi pastikan ia berdaya saing

Chun Sing: Ia dilakukan atas dasar prinsip gaji khidmat awam harus seiring dengan pasaran
Oct 06, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Pendidikan (MOE) menyemak pakej gaji kakitangannya dari masa ke semasa untuk memastikan mereka kekal berdaya saing.



Ini dilakukan berdasarkan prinsip bahawa gaji perkhidmatan awam harus seiring tetapi tidak mendahului pasaran, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, di Parlimen semalam.



Encik Chan telah menjawab soalan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) mengenai bila dan bagaimana skala gaji dan semakan faedah dijalankan bagi para pendidik dari sekolah aliran utama, prasekolah dan sekolah pendidikan khas serta kakitangan lain seperti pakar psikologi pendidikan, pakar terapi pekerjaan dan pemimpin sekolah yang berkhidmat di institusi pendidikan.



"Penyesuaian gaji mengambil kira jurang gaji, berbanding penanda aras pasaran.



"Secara umumnya, penyesuaian yang lebih besar dibuat apabila jurang gaji dengan penanda aras pasaran adalah lebih luas.



"Ini sejajar dengan prinsip bahawa gaji perkhidmatan awam harus seiring tetapi tidak mendahului pasaran," kata beliau.



Penyesuaian gaji bagi kakitangan MOE berkuat kuasa bulan ini bagi semua pegawai pendidikan yang layak, pendidik bersekutu dan pendidik prasekolah MOE, serta kakitangan MOE yang dipinjamkan kepada agensi lain.



Encik Chan turut menyatakan bahawa Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) secara berasingan sedang menjalankan semakan gaji bagi pendidik awal kanak-kanak di prasekolah yang disokong pemerintah. Perubahan itu akan dilaksanakan mulai tahun depan.



Namun, beliau menyatakan bahawa sekolah pendidikan khas (Sped) dikendalikan oleh agensi-agensi perkhidmatan sosial (SSA) masih mengekalkan autonomi yang besar dalam amalan sumber manusia, termasuk bagaimana mereka membayar gaji kakitangan sekolah Sped.



"Dalam peranan MOE menyelia sektor Sped, ia bekerja rapat dan menyokong SSA untuk memastikan bahawa gaji bagi guru Sped kekal berdaya saing melalui semakan pampasan dari masa ke semasa.



"Pada 2018, gaji mereka disemak bersama Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) dan pada 2020, gaji mereka sekali lagi disemak dengan pengenalan Pakej Perjalanan Cemerlang, yang mengandungi beberapa inisiatif pelengkap untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme keguruan yang dipercepatkan dengan mengukuhkan kecekapan, kepakaran dan kemajuan kerjaya mereka," ujar beliau.



Beliau menambah MOE akan terus bekerjasama dengan SSA supaya guru Sped mempunyai kemajuan kerjaya yang baik dan garis panduan gaji yang dikemas kini.



Encik Chan juga menyatakan bahawa dana tambahan telah disediakan bagi kos tenaga manusia dalam dua bahagian - yang pertama telah dilaksanakan pada 2021 dan yang kedua dirancang pada 2024.



Bagi kakitangan Sekolah Sped yang tidak mengajar seperti pakar psikologi, SSA mengambil rujukan daripada garis panduan gaji sektor NCSS bagi pekerjaan yang berbeza.



Garis panduan ini dikemas kini setiap tahun.



Encik Chan juga menjawab pertanyaan Cik Phua jika MOE akan mempertimbangkan untuk membuat pengumuman berkaitan gaji secara sepihak bagi seluruh sektor yang juga berkhidmat untuk kanak-kanak, anak-anak muda dan orang-orang lebih tua dalam pendidikan.



"Pengumuman pada Ogos lalu mengenai kenaikan gaji guru telah 'mencetus perbincangan hangat' di kalangan sektor pendidikan khas," kata Cik Phua.



Encik Chan berkata pengumuman tidak dilakukan bersama kerana kerja itu dilakukan secara berperingkat.



"Tetapi setiap kali kami mengumumkan perubahan dalam satu pekerjaan tertentu, kami pasti akan mengambil kira profesion lain untuk memastikan bahawa hubungan dan penanda aras adalah betul, dalam sektor dan juga di luar sektor dengan profesion lain," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >