Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Galeri warisan dan galeri rempah ratus baru dibuka di Taman Fort Canning

Aug 26, 2022 | 05:48 PM



LEMBAGA Taman Negara (NParks) membuka Galeri Warisan Fort Canning hari ini (26 Ogos) yang menduduki dua aras di Pusat Fort Canning.



Pusat Fort Canning adalah sebuah bangunan yang dipulihara dan dibina pada 1926 sebagai berek tentera British. 



NParks juga membuka galeri rempah ratus baru seluas 350 meter persegi yang mengisahkan sejarah perdagangan rempah ratus Singapura di taman rempah ratus itu. 



Dalam satu acara pelancaran di pusat tersebut, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee berkata galeri warisan itu melakarkan sejarah Fort Canning Hill dan peranan penting yang dimainkan dalam kisah Singapura, dari abad ke-14 hingga hari ini. 



Pengarah Kumpulan NParks bagi Taman Fort Canning dan Divisyen Istana, Encik Ryan Lee, berkata galeri baru itu akan menjadi titik permulaan yang baik bagi pengunjung memahami sejarah dan konteks taman itu, sebelum meneroka taman dengan lebih lanjut. 



Beliau menambah bahawa NParks juga sedang merancang untuk merombak kawasan-kawasan permainan di Taman Jubilee dari 2023, dan satu kajian kebolehlaksanaan mempunyai tempat tinjau yang dibina di puncak bukit akan siap menjelang akhir tahun ini. 



Terletak di atas bukit, Taman Fort Canning itu dianggarkan telah menjadi rumah kepada kerabat diraja purba pada abad ke-14, termasuk Sang Nila Utama, seorang putera Srivijaya yang menamakan Singapura. 



Pada 1822, pengasas Singapura moden, Sir Stamford Raffles, memulakan taman botani dan menerokai di atas bukit itu untuk menguji jika tanaman ekonomi seperti buah pala dan cengkih dapat bertahan dengan iklim pulau ini. 



Tentera membentengi bukit itu dari 1859 dan menggunakannya sehingga 1970 -an, sebelum ia menjadi taman awam.   



Perubahan ini dikesan melalui lima zon di Galeri Warisan yang baru, mempamerkan sejarah bukit melalui artifak yang telah didedahkan semasa kajian arkeologi sejak tahun 1980 -an.



Ahli-ahli arkeologi dan ahli sejarah Encik John Miksic, Encik Kwa Chong Guan dan Cik Goh Geok Yian telah dirujuk mengenai reka bentuk galeri tersebut.   



Di dalam Pusat Fort Canning yang menjadi tuan rumah kepada pengalaman Bicentennial Singapura pada 2019, adalah sebuah galeri baru seluas 210 meter persegi yang akan menempatkan dua pameran percuma oleh persatuan kajian seramik Cina antara Oktober tahun ini sehingga Jun 2023. 



Sementara itu, galeri rempah ratus yang baru mempunyai lebih daripada 180 tumbuhan dan menceritakan tentang ladang-ladang rempah ratus Singapura yang berhayat pendek pada tahun 1800-an dan telah dihapuskan dengan pelbagai jenis perosak atau dihambat oleh tanah yang tidak subur. 



Walaupun begitu, Singapura kekal sebagai pusat bagi perdagangan rempah ratus, dan rempah-ratus hari ini membentuk bahagian penting dalam budaya makanan tempatan yang boleh dipelajari oleh pengunjung di galeri tersebut.   



Galeri rempah ratus terletak di dalam terowong pejalan kaki, dan pengunjung akan mendapati tiga paparan yang dibentuk seperti unit rumah kedai, untuk kelihatan seperti kedai rempah tradisional, pejabat perdagangan rempah ratus dan kedai kopi. 



Perniagaan rempah ratus Nomanbhoy and Sons, yang ditubuhkan pada 1914, telah memberikan derma untuk menyokong galeri itu. 



Dari hari ini (26 Ogos) hingga 4 September, NParks akan mengadakan Pesta di Fort yang terdiri daripada sebuah siri program percuma seperti tayangan filem dan kegiatan untuk kanak-kanak. 



Galeri Warisan dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 6 petang, kecuali pada Isnin terakhir setiap bulan, manakala galeri rempah ratus dibuka setiap hari dari 7 pagi hingga 7 malam. Orang ramai boleh masuk secara percuma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >