Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gan hadiri mesyuarat menteri dagang G20 di Bali

Sep 21, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, akan mengadakan lawatan ke Bali, Indonesia, untuk menghadiri Mesyuarat Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Perusahaan (TIIMM) G20 dari hari ini hingga lusa.



Menurut satu kenyataan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam, semasa mesyuarat itu, Encik Gan akan menarik perhatian mengenai pentingnya mempersiap Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) bagi masa akan datang serta peranan penting yang boleh dimainkan sistem perdagangan berbilang hala untuk membantu mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.



Ia menambah bahawa Encik Gan juga akan bercakap tentang keperluan memperkukuh reka bentuk kesihatan sedunia serta cara membina rantaian nilai sejagat lebih berdaya tahan menerusi perdagangan digital.



Semasa di Bali, Encik Gan juga akan bertemu rakan sejawat antarabangsa beliau untuk mengesahkan lagi hubungan dan meneroka peluang bagi kerjasama.



Encik Gan diiringi pegawai daripada MTI.



Tema G20 tahun ini, dengan Indonesia sebagai tuan rumah, ialah Pulih Bersama, Pulih Lebih Kukuh. Semasa mesyuarat itu, menteri yang menghadirinya akan membincangkan peranan perdagangan dan pelaburan dalam menyokong pemulihan ekonomi sedunia.



Singapura bukan anggota G20 tetapi menyertai perbincangan kumpulan itu sebagai negara tamu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >