POLIS sedang menyiasat dakwaan satu penipuan berkaitan pelaburan di Facebook yang mendakwa ia dapat menggandakan wang pelabur dalam masa tiga bulan.
Seorang mangsa yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Tan, memberitahu The Straits Times (ST) semalam bahawa seramai 165 orang mungkin telah menjadi mangsa dakwaan penipuan itu.