STARHUB telah mengesahkan bahawa punca sebenar serangan siber yang telah mengakibatkan gangguan pada khidmat jalur lebar StarHub pada Sabtu dan Isnin lalu telah dikenal pasti dan dikatakan berlaku akibat jangkitan virus pada alat peranti yang dibeli pelanggan StarHub.
Dalam satu taklimat media semalam, Ketua Pegawai Teknologi StarHub, Encik Mock Pak Lum, berkata alat peranti yang terjejas seperti router jalur lebar dan webcam bertanggungjawab dalam kenaikan mendadak laluan trafik khidmat dalam talian syarikat telekomunikasi itu.