Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gangguan WhatsApp di serata dunia berlangsung selama 2 jam, lebih 20,000 pengguna di S’pura terjejas

Oct 25, 2022 | 08:18 PM



APLIKASI mesej popular, WhatsApp, tidak berfungsi selama lebih dua jam semalam(25 Okt), memaksa pengguna di Singapura dan di seluruh dunia untuk beralih kepada alternatif seperti Telegram.


Gangguan itu menjejas lebih 20,000 pengguna di Singapura, menurut laman web penjejakan gangguan downdetector.com.


Pengguna terjejas tidak dapat menghantar dan menerima mesej pada platform pemesejan milik syarikat Meta.


Perkhidmatan kembali beroperasi sekitar 5 petang di Singapura.

Jutaan pengguna di seluruh dunia dilaporkan mengalami masalah sama.


Ketika dihubungi, jurucakap syarikat Meta berkata:


“Kami tahu orang ramai menghadapi masalah menghantar mesej di WhatsApp hari ini. 

“Kami telah membetulkan isu ini dan memohon maaf atas sebarang kesulitan.”


Bagi pelatih psikologi klinikal, Cik Stephanie Ng, 22 tahun, WhatsApp adalah platform yang digunakannya untuk berhubung dengan ahli terapi di tempat kerjanya.


Apabila platform pemesejan itu tidak berfungsi, beliau sekadar beralih kepada platform saingan Telegram.


“Ia tidak begitu sukar untuk menggunakan aplikasi lain untuk berkomunikasi.

“Ia menyusahkan pada mulanya, tetapi ia bukan masalah besar,” katanya.


Penganalisis perniagaan dan teknologi, Encik Mohammed Rumman Amin, bimbang tentang ibunya yang berusia 57 tahun, yang bergantung terutamanya pada aplikasi tersebut untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga.


“Beliau tidak begitu pandai dari segi teknologi, jadi beliau mungkin tidak menyedari bahawa aplikasi itu menghadapi masalah,” kata Encik Rumman, 25 tahun.


Pada Oktober 2021, Facebook mengalami gangguan perkhidmatan serupa yang berlangsung selama beberapa jam dan mengganggu kebanyakan 2.7 bilion pengguna globalnya, termasuk pengguna di WhatsApp. – ST.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >