Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIRI MEMPERSIAP BAGI EKONOMI BARU

Gara-gara 'Robot' kerja sudah tak teruk

Nov 24, 2019 | 05:30 AM



PASANGAN Encik Samsuree Bajoaan dan Cik Rahenah Zainal sudah membanting tulang dalam industri pembersihan selama lebih 20 tahun.



Tetapi ia hanya enam tahun lalu di mana mereka akhirnya menemui kepuasan dan kegembiraan dalam melakukan kerja bersih-membersih.



Dengan adanya 'robot' atau mesin yang diperkenalkan, Encik Samsuree, 55 tahun, dan Cik Rahenah, 53 tahun, tidak perlu bersusah payah lagi melakukan kerja kasar bak dulu-dulu.



Ketika ditemui di tempat pekerjaan mereka di kondominium Floridian, Encik Samsuree berkata: "Sekarang lebih senang dengan bantuan mesin. Dulu susah, kerja pun teruk."



Menukil contoh, penyelia pembersihan di bawah pembekal perkhidmatan Evergreen itu berkata dengan adanya mesin Battery Operated Cart (BOC), tong-tong sampah yang besar hanya perlu dipandu menuju terus ke pusat sampah.



"Dulu kami perlu tolak tong-tong itu secara manual... jadi bayangkan setiap kali terdapat tanjakan! Kita tetap kena tolak tong berat naik pelan-pelan," ujar bapa empat anak itu.



Menurut pengarah Evergreen, Cik Christina Ng, syarikat tersebut mula dengan memperkenalkan mesin kecil pada tahun 2000-an.



Namun, dengan teknologi yang semakin berkembang tahun demi tahun, mereka melabur dalam mesin lebih baik yang dapat membuatkan kerja lebih mudah bagi pekerja mereka.



"Dengan sokongan pemerintah untuk memperbaiki produktiviti dalam industri kita, geran yang ditawarkan untuk membiayai beberapa kos amat berguna bagi kami disebabkan kos tinggi mesin," ujarnya yang menambah gerannya termasuk Kredit Produktiviti dan Inovasi (PIC) dan Geran Rekaan Semula Pekerjaan WorkPro.



Secara purata, syarikat mereka dapat menjimat sekitar 50 peratus dalam usaha mereka untuk berinovasi dan siap sedia bagi ekonomi masa depan.



Sejauh ini, mereka mempunyai sekitar lima jenis mesin, daripada mesin yang membantu 'menggosok' lantai menggantikan menggosok secara manual, sehingga BOC yang mengangkut kutipan sampah dari pelongsor sampah ke pusat sampah.



"Robot bukan untuk mengambil alih manusia, ia hanya untuk peningkatan," kata pengarah operasi dan pembangunan perniagaan Evergreen, Encik Randy Kor.



Untuk memastikan pekerja mereka dilengkapi pengetahuan dan kemahiran, Cik Ng berkata syarikatnya juga diluluskan sebagai pertubuhan latihan, di mana pekerja mereka dihantar ke kursus untuk mempertingkat kemahiran dan diri mereka.



Ketika ditanya sama ada beliau risau mesin akan menggantikan pekerja sepertinya, Encik Samsuree berkata beliau tidak khuatir kerana mesin-mesin tersebut hanya untuk memudahkan kerja pembersihan.



Dalam pada itu, sepanjang pekerjaannya, beliau dan isteri berpeluang meningkatkan diri mereka.



"Syarikat ini memberi saya peluang untuk mempertingkat diri menerusi pelbagai kursus yang ditawarkan.



"Kini saya gembira dengan pekerjaan saya kerana terdapat banyak sokongan. Apa yang saya perlukan, saya dapat. Ini memberikan saya motivasi untuk terus bekerja," kata datuk tiga cucu itu.



Encik Samsuree menyertai Evergreen sebagai pekerja pembersihan pada 2013, tetapi dalam masa setahun, beliau dinaikkan pangkat menjadi penyelia.



Cik Rahenah pula, dinaikkan pangkat menjadi penolong penyelia.



Encik Samsuree berkata: "Dengan peluang pertingkat diri, saya tidak risau tentang masa depan saya kerana saya telah meraih pelbagai kemahiran. Setiap hari saya pelajari sesuatu yang baru. Walaupun usia sudah 55 tahun, saya tetap sedang belajar kerana sebagai warga Singapura, peluang untuk pertingkatkan diri sentiasa ada."




  • Laporan ini dibawakan oleh Majlis Ekonomi Masa Hadapan.




File

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >