Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gara-gara sewa, niaga merosot, toko buku tutup kedai lepas 40 tahun

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



PUSAT Buku Knowledge yang telah beroperasi di Bras Basah Complex sejak ia ditubuhkan pada 1981 bakal menutup tirai - semuanya dek harga sewa dan perniagaan yang semakin merosot.



Kedai buku itu akan ditutup setelah tuan tanah mendapatkan penyewa baru untuk mengambil alih ruang seluas 1,200 kaki persegi itu yang terletak di tingkat tiga bangunan tersebut, lapor The Straits Times.



"Memang susah untuk membayar sewa. Satu atau dua bulan bersusah payah membayar sewa tidak mengapa, tetapi berapa lama saya boleh bertahan?



"Pada umur saya, saya juga tidak mahu tertekan," kata Encik Mohamed Ismail, 69 tahun, yang mengendalikan cawangan itu dan merupakan pemilik sebahagian Pusat Buku Knowledge.



Kedai buku itu menjual buku-buku terpakai dan terkenal dengan bahan pendidikan bagi peringkat sekolah rendah hingga pengajian tinggi.



Perniagaan itu dimulakan bapa saudara Encik Ismail, Encik Mohamed Syed, kini 85 tahun, pada 1975 dengan dua rakan kongsi.



Lokasi pertama kedai itu adalah di Bras Basah Road dan beroperasi dengan nama yang berbeza.



Encik Ismail bekerja dalam perniagaan bapa saudaranya itu dari 1981 hingga 1984 sebelum beliau bekerja di Arab Saudi.



Atas arahan bapa saudaranya, beliau kembali dan mula bekerja di Pusat Buku Knowledge pada Disember 1997.



Bapa saudaranya kemudian menjadikannya rakan perniagaan pada 2000 setelah salah seorang rakan kongsi asal meninggal dunia dan seorang lagi mahu keluar.



Encik Syed, yang bersara pada 2010, kekal sebagai rakan kongsi dan akan mengunjungi kedai itu pada waktu lapang.



Walaupun pada mulanya ia menjual buku baru, Pusat Buku Knowledge mula membeli dan menjual buku terpakai pada 2000.



Kini, Encik Ismail menganggarkan 80 peratus perniagaannya datang daripada buku terpakai.



Pada zaman kegemilangannya pada hujung 1990-an, beliau berkata kedai itu mempunyai 10 pekerja dan memperoleh sekitar $40,000 sebulan.



Hari ini, jualan bulanan telah merosot kepada sekitar $15,000 dalam tempoh tujuh hingga lapan bulan yang lalu, hampir tidak cukup untuk menampung sewa bulanan sebanyak $7,500 selepas perbelanjaan lain seperti bil api air.



Sewa sebelum ini adalah $8,500 sebelum tuan tanah menurunkannya tahun lalu dek pandemik Covid-19.



"Jika orang datang dan perniagaan baik-baik saja, saya tidak akan tutup kedai, tetapi tiada siapa yang datang," kata Encik Ismail, sambil menambah bahawa bilangan pengunjung sangat rendah dalam beberapa bulan kebelakangan meskipun beliau kurang pasti apa sebabnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >