ACARA senaman beramai-ramai, Sihat Berzumba, anjuran bersama Berita Harian (BH), Our Tampines Hub (OTH) dan Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), akan diadakan setiap suku tahun, dengan acara selanjutnya dijangka berlangsung pada 13 Mei ini.
Terdapat juga acara-acara sampingan yang bakal diadakan di OTH dalam usaha menggalak gaya hidup sihat, selain integrasi menerusi acara sedemikian, kata Pengarah Persatuan Rakyat (PA) bagi OTH, Encik Suhaimi Rafdi, kelmarin.