Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
GE2020
33601
0

GE 2020: 101 warga S'pura di luar negara tidak dapat mengundi kerana kesilapan dalam sistem proses ICA

Jul 04, 2020 | 06:16 PM



PENGUASA Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) telah menemui kesilapan dalam sistemnya yang memproses alamat kontak setempat (LCA) yang diberikan oleh warga Singapura di luar negara untuk tujuan mengundi.


Ini menjejas 101 warga di luar negara, yang tidak dapat mengundi dalam pilihan raya umum tahun ini kerana permohonan mendaftar LCA mereka tidak diproses.


Dalam satu kenyataan pada Sabtu (4 Jul), ICA berkata ia dimaklumkan oleh Jabatan Pilihan Raya (ELD) pada 1 Julai bahawa permohonan beberapa warga Singapura di luar negara untuk mendaftar LCA mereka bagi tujuan mengundi tidak diproses.


"Bagi beberapa kes, sistem itu gagal menjana surat salinan cetak untuk dihantar ke pemilik LCA. Disesbabkan itu, ELD tidak menerima LCA yang disahkan bagi warga Singapura ini daripada ICA, dan disebabkan itu tidak menyertakan nama mereka dalam Daftar Pengundi," kata kenyataan bersama oleh ICA dan ELD itu.


"101 warga Singapura di luar negara yang meminta untuk mendaftar LCA mereka terjejas. Apabila Daftar Pengundi dibuka untuk pemeriksaan pada Mac, warga Singapura yang terjejas itu tidak membuat sebarang tuntutan kepada ELD untuk disertakan dalam Daftar.


"Ini bermakna 101 warga Singapura ini tidak dapat mengundi dalam Pilihan Raya Umum ini, memandangkan Daftar disahkan pada 15 April 2020," tambah kenyataan itu.


ICA berkata ia akan meningkatkan ketahanan sistemnya dan memperketatkan prosesnya.


Ia juga meminta maaf kepada 101 warga Singapura yang terjejas oleh kesilapan itu dan sedang cuba menghubungi mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >